CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perangai Jiran Dari Neraka- Bela Ayam Itik Di Kawasan Perumahan, Buka Radio Kuat-Kuat

8-6-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4009| Komen: 31

Seorang pengguna Facebook, ZH Malaya memuat naik perangai jirannya yang sesuka hati membela ayam dan itik di hadapan kawasan perumahan.

Lagi teruk, dia juga gemar membuka radio sekuat hati sehingga mengganggu kawasan taman perumahan di Lorong Permatang Badak Maju 30, Kuantan.


'Jiran dari neraka' itu juga disyaki menjadi dalang kepada kemusnahan beberapa tong sampah di hadapan rumah penduduk selepas video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan dia menghentak tong-tong terbabit menggunakan sebilah parang.

ZH Malaya juga menyatakan yang jirannya itu sudah beberapa kali keluar masuk penjara.



Loading FB Post...

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang menggesa agar laporan polis dibuat kerana tindakan kurang ajar lelaki itu boleh mengundang bahaya kepada jiran tetangga.

Ada juga pengguna Facebook memaklumkan yang lelaki berkenaan mempunyai masalah mental dan sudah ditahan namun dibebaskan semula.


Loading FB Post...

Tindakan menularkan kembali video tersebut dibuat untuk menggesa pihak berkuasa lebih peka dengan bahaya individu seperti itu dan wujud satu tindakan tegas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 8-6-2022 01:08 PM
Edited by Skuau at 8-6-2022 02:04 PM

dia dh menyahut seruan MB Perak...yg buat kek kuantan dh kenapa
Quote Kitty_catz 8-6-2022 01:17 PM
mamat ni patot pindah duk perak la... mb perak mmg suh org bela ayam itik depan ruman skang ni
Quote honeybee1802 8-6-2022 01:18 PM
Amboi...sonang ah..menyahut seruan betui...
Quote renko 8-6-2022 01:19 PM
mental x mental babi ni
tangkap kurung kan dalam kandang babi
jenis babi xleh hidup berjiran
Quote hareeeesah 8-6-2022 01:41 PM
Ish kalau aku xtahan weh hadap jiran mcm tu.. tp kalau ada report majlis sitaje la tempat dia bela binatang tu
Quote msdummy.2018 8-6-2022 01:46 PM
Skuau replied at 8-6-2022 01:08 PM
dia dh menyahut seruah MB kodah..yg buat kek kuantan dh kenapa

Jd mb kedah leh puji dia dlm ucapan..jiran yang ngadu tuh lah bodoh..siapa siruh xternak ayam sndr kan
Quote KamikuP 8-6-2022 01:47 PM
Gila isim begitulah cuollss
Quote aezvogue 8-6-2022 01:56 PM
Ntah bau apa la rumah dia tu..kawasan kampung takpe la, ni rumah taman kot, jiran dekat²
Quote krustykrab 8-6-2022 02:44 PM
Sama la mcm jiran aku ni...bela ayam burung kucing, tanam pokok byk2 sampai kete pun duk hentam kwsn org. Kdg boleh bau hapak dlm rmh dia sampai kluar...
Quote prettyuglybabe 8-6-2022 02:44 PM
dia nak bela ayam itik tu pada i nampak macam ok sebab dia guna kawasan lapang depan rumah and bukan dalam pagar rumah..
bagus juga dari kawasan jadi bersemak samun membiak ular..
and i tak rasa belaan dia ganggu masuk kawasan pagar orang..
nampak macam belaan dalam kawasan tanah tu aja..
siap ada pagar lagi..
tapi tang bunyi tu, kalau bising, call je la polis..
biar polis warning dari pergi cari pasal..
orang dah mental, sekali dia tetak kau karang, satu apa tak dapat..
Quote glump 8-6-2022 03:08 PM
pasal bela binatang nie..aku pun rengsa ngan jiran yg bela kucing banyak ekor (kadang seekor pun dok kencing atas umah jiran)  dah macam pusat ternakan tapi tak der lak yg ambik tindakan, dengan najis bersepah , kereta jiran penuh tapak kaki ,bulu kucing lagi.
boleh tak pembela kucing pun di kenakan penghadkan bela kucing , burung ke any binatang di kawasan di rumah. pi bela kat premis sana
Quote DayangKirana 8-6-2022 03:29 PM
makan hati dapat jiran spesis neraka ni..
spesis gini elok duduk gua..jangan campur orang.
Quote wirazam 8-6-2022 03:41 PM
Ini patutnya kena tagged dgn YB menterik mana yg suh tanam dan Bela bintang tuh
Quote MissVixen 8-6-2022 03:45 PM
Taik ayam candu dan taik itik ni busuk. Dah la asyik berak je. Kesian la jiran kena hidu bau. Dah la kadang2 ayam ni suka bising tengah malam. Stress kalau baru lena tidur dan terjaga dengar bunyi ayam.
Quote Artemesiaa 8-6-2022 04:19 PM
Mental katanya ada yang beritahu dimedia social.  Tapi mental2 pun pandai pulak bela itik.
Quote Trumpettt 8-6-2022 04:34 PM
Dgn kawasan perumahan canggih pun ada yg bela ayam...
Quote syamzana 8-6-2022 04:40 PM
dalam kwsn rumah ke area mana? pic tu nmpk kwsn kg2 je. yg fb tu tak dpt tgk, owner dah remove ke apa?
even binatang tu tak berkeliaran skalipun, tp bau tu mmg hazab sbb tu la kalau kat kg org buat chicken coop ke apa kat blkg rumah. kalau kwsn tmn perumahan bertepek-tepek rumahnya caner
org selfish bodo piang ada dimana-mana
Quote elnor_81 8-6-2022 06:30 PM
syamzana: dalam kwsn rumah ke area mana? ...

Ni kwsn perumahan teres. Depan umah tu tanah lapang.
Quote asfaz 8-6-2022 06:38 PM
Kalau betul mental tahan la .Ni dilepaskan ,buat nya dia tetak jiran2 keliling naya aje

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.124034 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top