CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hafal Skrip Di Set Penggambaran, Jangan Sampai Saya Nampak" - Liyana Jasmay Bagi Amaran

8-6-2022 01:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8339| Komen: 65|Original author: Tatod


Liyana Jasmay, 34, adalah seorang aktres yang sejak kecil sudah bergelumang dengan dunia glamour. Bukan hanya berlakon, wanita itu juga memiliki syarikat produksi sendiri yang sudah menerbitkan beberapa naskhah.

Turut bergelar pengarah, Liyana yang sudah mengutip pelbagai pengalaman dalam bidang seni berharap agar generasi baharu yang dianggap pelapis dunia hiburan akan terus belajar kerana arus seni akan sentiasa berubah.

Memetik laporan Media Hiburan, proses pembelajaran yang berterusan adalah penting bagi memberikan kualiti lakonan selain tidak bersikap ambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.



Mengulas lanjut mengenai perkara itu, wanita yang mencipta nama menerusi filem Castello itu mendedahkan pihak produksi ketika ini agak sukar menemui pelakon baharu yang mampu menjiwai skrip dan watak dengan baik.

"Ada yang tak hafal skrip. Saya rasa, sikap seperti itu akan mencabar kesabaran siapa pun. Saya pula jenis cepat melenting.

"Kalau di set penggambaran baru nak hafal skrip, pastikan saya tak nampak," katanya.


Turut aktif sebagai penerbit dan pengarah, kata Liyana, berdasarkan pandangannya setakat ke hari ini dia belum lagi 'berjumpa' dengan pelakon seperti Scha Alyahya dan Lisa Surihani yang sentiasa bersedia ketika memulakan penggambaran.

"Sebagai pengarah, saya akui memang susah untuk cari pelakon berbakat seperti Scha Alyahya dan Lisa Surihani sekarang.  Saya akan push newbies yang boleh jadi bintang. Saya sedia untuk bantu mereka jauh ke depan sekiranya nampak ada usaha ke arah itu.

"Saya yakin, kalau muka-muka baharu tak main-main ketika bekerja, mereka boleh belajar ilmu lakonan dengan cepat. Sebenarnya, wajah mereka yang berbakat inilah wajah diberikan banyak peluang untuk mewarnai industri dan berada di muka hadapan akhbar mahupun menjadi bahan penulisan artikel," katanya.


Dalam perkembangan lain, Liyana turut berlakon dalam drama Histeria The Series yang mengisahkan pelajar wanita di sebuah sekolah berasrama berhadapan gangguan mistik dan membawa mereka untuk menjejaki kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah berkenaan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 8-6-2022 03:45 PM
Edited by addamnor at 8-6-2022 03:50 PM

Kau pun menguap skala 10 jah dek. Dengan produksi Mermaid engkau yang produce cerita bodoh itu, tak perlu lagi kau mendiva iya. You are not Khabir Bhatia or Sabri Yunus yet to give such statement with regards to directing.
Sekejap kau nak menyanyi sekejap kau nak berlakon sekejap kau nak mengarah, terumbang ambing sangat career pathway engkau.

And another one, kau tak ada better reference ke utk pelakon contoh? Dua contoh pelakon kau beri itu sangat tak significant iya kehebatan lakonan mereka. Satu kayu cendana tak berubah2 dari zaman anak dara kepada zaman datin, satu lagi stuck dlm watak perempuan selenga tomboy jah gaya lakonan. Please dek, find a good reference at least.
Kau sebut nabila huda, nad zainal, diana danielle ada lah juga impak mereka sbg pelakon berbakat berbanding dua nama kat atas itu.
Quote beta_carotene 8-6-2022 03:51 PM
pelakon berbakat? scha alyahya? lisa surihani? kau delusional ke dek?
Quote wirazam 8-6-2022 04:01 PM
Eh eh..bukan dulu pakai tudung ke minah nih..and calling calling ustazah @Normabaru Jap hahaha
Quote edoraixora 8-6-2022 04:07 PM
baru setahun jagung jadi pengarah, dia punya lagak tuh makk aiiiii
Quote syamzana 8-6-2022 04:10 PM
scha??? lisa???
Quote slyfynx 8-6-2022 04:13 PM
Sorry la pompuan desa.com
Mcm mana ko nk nmpk urban dgn bukak tudung pun, ko ttp nmpk #sokampung.
Quote no_el 8-6-2022 04:15 PM
addamnor replied at 8-6-2022 03:45 PM
Kau pun menguap skala 10 jah dek. Dengan produksi Mermaid engkau yang produce cerita bodoh itu, tak  ...

Setujukkkkkk
Quote kakasotong2 8-6-2022 04:17 PM
Macam xkena je sheols nak berlagak diva divana sebab sheols punya lakonan pun ntahpape, masa muda dulu keras kejung je.

Mana la dia dapat keyakinan menggunung tinggi ya nak hencap pelakon2 baru padahal kau pn berlakon xberkesan mana.  

Anak orka kekwat yg syok sendiri jah sheols ni
Quote cmf_jeangrey 8-6-2022 04:22 PM
Lisa surihani ?? When the blind leads the blind
Quote Miawlover 8-6-2022 04:26 PM
Hahahahahahaha
Quote mrsLucky 8-6-2022 04:28 PM
Maybe kalau she takde duit nak mengarah dan mengeluarkan felim sendiri tentu dah lama hilang dalam industri.
Quote mrsLucky 8-6-2022 04:31 PM
Btw cute pula lv multicolor tuh yah.. first time jumpa dia dulu2 ingat dia gadis desa rupanya pelakon. Now dah upgrade style nampak urban.. all the besh ya..
Quote chinta89 8-6-2022 04:32 PM
addamnor replied at 8-6-2022 03:45 PM
Kau pun menguap skala 10 jah dek. Dengan produksi Mermaid engkau yang produce cerita bodoh itu, tak  ...

siyes meh ni je yg boleh dia bagikan cth??
Turut aktif sebagai penerbit dan pengarah, kata Liyana, berdasarkan pandangannya setakat ke hari ini dia belum lagi 'berjumpa' dengan pelakon seperti Scha Alyahya dan Lisa Surihani yang sentiasa bersedia ketika memulakan penggambaran.


kalau dia sebut Nabila Huda ke tu barulah wowwww.
Quote addamnor 8-6-2022 04:35 PM
kakasotong2 replied at 8-6-2022 04:17 PM
Macam xkena je sheols nak berlagak diva divana sebab sheols punya lakonan pun ntahpape, masa muda du ...

Sheols menang FFM iya skali dengan watak gegediks papadom.. then itu je lah career sheols.. lepas itu haus entah ke mana. Same goes si surikayu yang beliau beri contoh itu.

Tak sesuai sangat, unless sheols lead actress yang very successful then jump into directing. Kalau si saripah kering amani duk meroyan pasal lakonan pun masih lagi berbaur rengsa, ini kan pula liyana jasmay yang nothing at all.
Quote Acikgomen 8-6-2022 04:35 PM
Drama ko direct ko produce pun semua tahap2 sampah masyarakat je ada ati nak rengsa dgn pelakon sampah lain yg tak hapai skrip
Quote kakasotong2 8-6-2022 04:58 PM
Edited by kakasotong2 at 8-6-2022 05:00 PM
addamnor replied at 8-6-2022 04:35 PM
Sheols menang FFM iya skali dengan watak gegediks papadom.. then itu je lah career sheols.. lepas  ...


Ooo tahu dah mana sheols dapat keyakinan menggunung tinggi menghencap pelakon baru, rupanya sheols pernah menang award ffm ya sebaris dengan pelakon kayu kayan yg sheols sebut mcm lisa surikayu tu. Maya karin yg kayu tu pn boleh menang ffm padahal slang bercakap pun pelat nahareyyy kalau berlakon

Berlakon pun xbanyak mana beri impak setakat berlakon watak gegedik bbnu jah
Quote Normabaru 8-6-2022 05:07 PM
edoraixora replied at 8-6-2022 06:07 PM
baru setahun jagung jadi pengarah, dia punya lagak tuh makk aiiiii

Junior kaka ada jd part time crew dia

Alahai kepam sume kat set..koser tgk
Quote tulip-rain 8-6-2022 05:13 PM
Eh dia ni. Kau pun kayu. Perasan hebat.
Dia ni sama dgn si seripah amani yg sentiasa perasan diri tu pelakon gred A.
Geli betul bace ape yg dia ckp tu. Sedia nak bantu pelakon2 baru yg ade can nak jadi bintang konon. Masalahnya kau tu bagus sangat ke, kau pun sendu tiberr nak jadikan pelakon lain bintang
Bagi pulak contoh si scha????? Lagi sorang si Lisa "primadona" kayu tu dia ckp pelakon berbakat
Liyana ni sejenis pelakon2 msia yg tak berbakat dan bongok tapi bila bercakap tu perasan hebat sentiasa.
Quote Lavender_Violet 8-6-2022 05:27 PM
mrsLucky replied at 8-6-2022 04:31 PM
Btw cute pula lv multicolor tuh yah.. first time jumpa dia dulu2 ingat dia gadis desa rupanya pelako ...

sheols city gurl chuols....mcm mana penampakan chuols boleh jadi gadis desa pulak

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.083596 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top