CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain Mula Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu Dengan Gaji Penuh

8-6-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3027| Komen: 44

LONDON – Lebih 3,300 pekerja daripada 70 syarikat di Britain mengambil bahagian dalam program perintis selama enam bulan untuk mengkaji manfaat bekerja empat hari seminggu, lapor agensi berita United Press International (UPI).


Program tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, 4 Day Week Global bersama kumpulan pemikir, Autonomy dan pasukan penyelidik dari Universiti Cambridge, Universiti Oxford serta Kolej Boston.

Sepanjang kajian itu berlangsung, pasukan penyelidik akan mengukur produktiviti dan kese­jahteraan pekerja di samping tahap tekanan serta keletihan mereka.

Profesor sosiologi di Kolej Boston, Juliet Schor berkata, program itu menandakan hari bersejarah untuk pengurangan masa kerja di Britain.


Foto: EPA


“Masa yang sempurna (untuk kajian) selepas sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth. Sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Apabila ditanya sama ada pekerja terbabit perlu bekerja 40 jam seminggu seperti waktu bekerja lima hari, Schor berkata, mereka perlu mempunyai pengurangan waktu kerja yang ketara tanpa pemotongan gaji.

Program perintis itu menggunakan model pekerjaan 100:80:100 di mana pekerja menerima gaji 100 peratus untuk 80 peratus masa bekerja, namun masih mengekalkan 100 peratus produktiviti, lapor akhbar The Guardian.

“Apabila kita bangkit daripada pandemik (Covid-19), semakin banyak syarikat menyedari bahawa aspek baharu untuk persai­ngan adalah kualiti hidup pekerja dengan tawaran jam bekerja le­bih rendah di samping tum­puan kepada produktiviti menjadi me­kanisme untuk memberikan kelebihan dan menjadikan sesebuah syarikat lebih kompetitif.

“Kesan daripada trend peletakan jawatan besar-besaran yang berlaku membuktikan bahawa pekerja daripada pelbagai bidang industri boleh memberikan hasil lebih baik dengan be­kerja lebih singkat dan lebih bijak,” kata Ke­tua Pegawai Eksekutif 4 Day Week Global, Joe O’Connor kepada akhbar Independent.

Sebuah lagi badan pemikir Britain, Institut Hak Pekerjaan menyatakan, pihaknya akan menerbitkan penemuan menge­nai kajian pengurangan masa kerja tanpa memotong gaji.

Percubaan kerja empat hari seminggu itu juga akan bermula pada akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-6-2022 12:47 PM
Malaysia lambat lagi ler nak ke tahap tu
Quote white_musk 8-6-2022 12:47 PM
Tahniah...

Manakala Tanah Air terchenta tersegan segan mahu turunkan working hours.
kalau boleh nak suruh rakyat kerja 7 hari seminggu
Quote snowflakes 8-6-2022 12:49 PM
Cepatla malaysia buat... meh nak jadi tikus eksperimen kerja 4 hari seminggu gaji penuh
Quote Prickford 8-6-2022 12:51 PM
One of my friend, his sister kerja 4 hari seminggu. Sebab company tak mampu nak bayar salary yg sheolss demand, so kira2 boleh bayar gaji 4 hari seminggu bekerja je huhu...
Quote Skuau 8-6-2022 12:54 PM
Malaysia:
Lu takmok kerja 12 jam 1hari,cuti 2× jer 1 bln,bangla,indon,nepal,myanmar mau lor...
Quote lurve82 8-6-2022 12:56 PM
iols pun nak jadi bahan eksperimen...
Quote lurve82 8-6-2022 12:56 PM
iols pun nak jadi bahan eksperimen...
Quote bangcak 8-6-2022 12:59 PM
bos ofer i gaji separuh pon takpe.
janji dpt turun 4 hari seminggu.
Quote _blackbird 8-6-2022 01:04 PM
policy kerja asian kena kerja mcm lembu, work hard not work smart. suruh kerja lebih masa tapi gaji berkira.
Quote edayildiz 8-6-2022 01:07 PM
lambert lg kalau companyy i kerja ni.ceo i makin gila skrg sejak min wages gji 1500....
company bsr ..worlwide konon..noreen la u mr ron
Quote caprut 8-6-2022 01:07 PM
white_musk replied at 8-6-2022 12:47 PM
Tahniah...

Manakala Tanah Air terchenta tersegan segan mahu turunkan working hours.

Bidang retail dgn fnb ptot kjer 5 hari da sminggu. Tp yg buat dasar dkt gomen lembap. Cuba sruh acik gomen kjer 4 hari smggu, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan
Quote Kitty_catz 8-6-2022 01:15 PM
macit pocit gomen obese tersenyum sininsss

pehtu higway every weekend manjang jam

abangla myanmar bietnam tersenyum sinis jugeee
Quote caprut 8-6-2022 01:47 PM
Ramai gak acik forum ni sembang je lbih. Bukan acik forum ni sejenis nk mati semasa kjer ke?
Quote caprut 8-6-2022 01:47 PM
Ramai gak acik forum ni sembang je lbih. Bukan acik forum ni sejenis nk mati semasa kjer ke?
Quote matseh 8-6-2022 03:48 PM
Ok jugak kerja 4 hari seminggu. Eloknya 4 1/2 hari seminggu.
Khamis half day. cuma masa kerja la berubah sikit. Masuk 830 balik 630
Kalau nk kurangkan jam bekerja. Oversea investor x nak masuk malaysia pulak. Ye lah. Gaji murah, masa kerja kurang. Baik depa invest di Indonesia atau vietnam.
Kompeni aku pun buat flexi hour. Diff 1 hour interval, 3 masa. Masuk pkl 8 balik pkl 5, masuk pkl 9 balik pkl 6, masuk 830 balik 530.
Quote zamnie 8-6-2022 03:52 PM
Nasib baik la gak ada cobid dpt la merasa keje 3 hari seminggu..
Quote Lagubestbest 8-6-2022 04:38 PM
cmne pulak untuk pekerja yang kejenya hanya lebih kurang sejam sehari sapu2 sikit susun2 sikit n selebihnya digajikan untuk jadi penunggu kedai interact sikit2 dengan customer? kena hire dua pekerja la sekarang kiranya.
Quote caprut 8-6-2022 04:43 PM
Lagubestbest replied at 8-6-2022 04:38 PM
cmne pulak untuk pekerja yang kejenya hanya lebih kurang sejam sehari sapu2 sikit susun2 sikit n sel ...

Itu tk layak. Yg layak kjer kjer ofis je
Quote evlinne 8-6-2022 06:11 PM
caprut replied at 8-6-2022 01:07 PM
Bidang retail dgn fnb ptot kjer 5 hari da sminggu. Tp yg buat dasar dkt gomen lembap. Cuba sruh ac ...

Bidang industri jgn dilupakan
Ada lgi kilang yg paksa operator keje 6 hari seminggu 12jam sehari
Min wages pula rm1200
Cam sial kapitalis kt msia ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034661 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top