Kisah hidup dialami penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim yang mengakui dirinya terseksa akibat disihir semakin mendapat perhatian ramai apabila pelbagai cerita dikongsikan beliau.
Terbaharu, Ustaz Kazim sekali lagi memuat naik hantaran di Facebook meluahkan rasa rindu untuk menikmati bermimpi dan tidur lena yang telah lama hilang dari hidupnya. Bagaimanapun, sehingga kini beliau masih berusaha dan mencuba segala rawatan bagi mencari penawar penyakitnya. “Lama dah tak bermimpi, lama juga tidak menikmati lena, kesakitan kepedihan miang, tidak pernah berpisah.
“Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya, yang tidak merasai akan mempertikai, aku cuma berdoa agar mereka tidak mendapatkannya,” tulisnya. Tambah Ustaz Kazim, beliau juga berharap agar dirinya diberikan kesabaran yang tinggi dan akan sentiasa reda dengan ujian hidupnya. “Hanya sabar dan reda mengubat jiwa, dakwah itu menyegarkan, semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini,” luahnya. Terdahulu, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari golongan VIP yang mengambil kesempatan terhadap orang yang sedang ditimpa musibah sepertinya dengan memberikan sumbangan bon 1 juta Euro. -CARI Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 8-6-2022 12:43 PM
Dia ni dah macam ketulahan sangat2 bila dulu bukan main mengutuk netizens mencapub isu Tangmo. Tengo ...
sharlenetexas replied at 8-6-2022 04:44 AM
Mengata orang dia yg lebih ustaz ni.
Dia nak banglo bertingkat2 kat forum cari jugak kot.
bulalof replied at 8-6-2022 02:40 PM
'tunggang' dgn cermat....
ingatlah org yg tersayang....
prince_marhaen replied at 8-6-2022 04:42 AM
Lagu tema : Drama
Penyanyi : Ning Baizura, Nikki & Arwah Yanie
Mary_jane replied at 8-6-2022 07:08 AM
Siapa lah yang dajal sangat p hantar bon 1 juta Euro tu? Kot ye pun nak bergurau. Tapi kelakar pun a ...
ADVERTISEMENT