CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Lalok' Dalam Bilik, Wanita Hamil Jadi Tokan Dadah

8-6-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1719| Komen: 12

Kangar: Sarat hamil enam bulan bukan halangan buat seorang wanita untuk menjadi tokan dadah dan menjalankan kegiatan pengedaran barang larangan itu bersama suaminya.


Kegiatan haram suami isteri itu terbongkar selepas polis menyerbu rumah mereka di Simpang Empat di sini, Isnin lalu dan menemui dadah jenis syabu seberat 39.73 gram(g).

Sumber berkata, pasangan berusia 35 dan 33 tahun itu ditahan pada 12.10 tengah malam dan dipercayai aktif mengedar dadah sejak Januari lalu.

Foto: Harian Metro

"Mereka bagaimanapun sudah lama terbabit dengan penyalahgunaan dadah yang mana suspek lelaki menjadi penagih sejak 2013 dan wanita itu pada 2018.


"Semakan mendapati si suami ada 11 rekod jenayah berkait dadah dan pernah ditangkap pada 2014, manakala wanita hamil itu ada tiga rekod jenayah berkait dadah serta ditangkap pada 2019.

"Ketika serbuan, kedua-duanya sedang khayal dengan di dalam bilik dan dadah ditemui dalam beg berzip di atas katil yang didalamnya ada 16 peket lutsinar berisi hablur kristal disyaki syabu bernilai RM3,972.

"Pasangan itu mempunyai lima anak," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, kedua-dua suspek direman sehingga 11 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 8-6-2022 12:20 PM
sian kat 5 anak dia.. masuk yg dalam perut tu, dh 6..
Quote Artemesiaa 8-6-2022 12:23 PM
Bukan kes pertama dah banyak kes sama seperti mereka sebelum ni semua demi wang mudah
Quote KamikuP 8-6-2022 01:52 PM
Sainnya kat anak depa tu..awat la jadi lagu inh
Quote sukacactus 8-6-2022 02:39 PM
Kalau masa pregnant si emak kaki lalok, baby yg bakal lahir tu pun akn terima tempias
Kesian ank2 dpt parents pentingkan diri
Quote TomyamPuteh 8-6-2022 10:31 PM
@Acikgomen tersenyum sinis.
Quote Goodluckdontcry 8-6-2022 10:47 PM
Edited by Goodluckdontcry at 8-6-2022 10:51 PM

Oiii tenuk..klu ko nak mendadih pun, cubalah kawal nafsu ko supaya xde keturunan..SBB den takut, anak2 yg lahir Dari benih ko yg bertoksik ni..den btl2 khuatir, mereka akn terpalit kesan negatif..SBB den tgk dipersekitaran den..acuan Anak pasti akn Sama dgn perangai hazabedah mak ayah..jarang den jumpa, mak ayah jahat..Anak baik..Ada..pasti Ada..tetapi..Sgt jarang..so tlglah..klu ko jahat..ko jgnlah berangan nak beranak pinak...klu ko nak jugak beranak pinak..ko ubah Diri ko JD baik dulu..ade kefahaman???

Den merempan dlm forum..die dhla tgh lalok..MN nak membaca nyer..cheittt

Xmkn dadah pun, Ada bernafsu Kuda..ni mkn dadah..bertambahla nafsu JD Kuda belang..eeeerkk(bunyi Kuda)..
Quote Acikgomen 9-6-2022 12:44 AM
Goodluckdontcry replied at 8-6-2022 10:47 PM
Oiii tenuk..klu ko nak mendadih pun, cubalah kawal nafsu ko supaya xde keturunan..SBB den takut, ana ...

Chuols MN sapewww baik ngaku
Quote renko 9-6-2022 10:14 AM
timbalan mb sskjp tersenyum lega baca berita ni
Quote mizruncing 9-6-2022 11:12 AM
kalau mak pak pn dh mcm ni dari dlu no wonder laa anak2 pon turut terjebak jugak nti. knp laa puak2 ni suka sgt membiak byk2.. liat btol nyawa korang mendadih ni
Quote krustykrab 9-6-2022 11:16 AM
Mohon jkm htr hospital  operate lakibini ni buang kantung sperma & rahim..
Mendadih la korg sampai mati janji tak beranak lagi
Quote nanasno 10-6-2022 11:21 AM
krustykrab replied at 9-6-2022 11:16 AM
Mohon jkm htr hospital  operate lakibini ni buang kantung sperma & rahim..
Mendadih la korg sampai m ...

setuju ngan chuols .tapi nanti ada laaa ngo ngo human rights ni bekap cakap this is human rightttssss.
Quote syamzana 10-6-2022 02:12 PM
kesian anak2 5org tu sejak kecik tgk org lalok mkn dadah. yg sulung tu umur brp agaknya mesti terkesan giler. makin kritikal la society skrg

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074516 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top