CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acah Lagi, Kan Dah Terangkat Ditarik Orang Utan!

8-6-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1632| Komen: 15

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang lelaki yang ditarik seekor orang utan ketika cuba berinteraksi dengannya, lapor laman berita Suara.com.


Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @meme.klean. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah zoo di Riau.


TikTok

Rakaman memaparkan seorang lelaki kelihatan memasang kamera di hadapan kurungan seekor orang utan.

Bagaimanapun, ketika cuba berinteraksi dengan menghulurkan tangannya, haiwan itu pantas menarik baju dan kaki lelaki tersebut.

Lelaki itu cuba membebaskan dirinya  sambil meminta tolong tetapi haiwan itu dilihat lebih kuat sehingga dia tidak berjaya melepaskan diri. 



“Ya Allah, saya berserah diri pada ketika itu,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Dia akhirnya berjaya melepaskan diri setelah dibantu pengunjung lain.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-6-2022 12:03 PM
Badan pun sekepeng mudah je disauknya
Quote kucingitam 8-6-2022 12:05 PM
comelnya ongutan tu peluk kaki dia..
Quote saviour_09 8-6-2022 12:08 PM
aaahhh tolooonnggg
Quote msel 8-6-2022 12:35 PM
dah gatal sgt hulur2 tangan macam nak peluk, besar tapak tangan, nyiru mak utan tadahkan.
Quote bangcak 8-6-2022 01:11 PM
sama mcm suasana politik hari nih.
beruk tu mcm puak2 umngok kalah judi.
datang plak budak kering tu umpama pas acah2 nak hulur bantuan.
member si kering yg nak menolong tu geng bersatu.
berani tepis2 manja jer

kalu beruk umngok tu dah paut kaki... dua2 ekor mendapat.
Quote Dwdrum 8-6-2022 01:13 PM
Orang utan bukan ganas seperti gorilla...
Quote BeskotCekelat 8-6-2022 01:38 PM
Demi secebis content tiktok.

Kalau baca kat berita Indon, budak ni lompat palang sebelum sangkar ni, lepastu bangga pulak dalam tiktok kena peluk dengan Orang Utan. Dah kena kejam berjemaah dengan netizen Indon, baru mintak maaf.
Quote mesmerize 8-6-2022 02:02 PM
hahahah bagi la pisang ke betik ke apa buat distract dia.. ni makin ditarik makin kuat la orang utan tu pegang
Quote mizruncing 8-6-2022 03:41 PM
hahahhahaha ptt gigit sekali  baru la video trending. korang kan suka bodoh2 buat titktok ni
Quote kemaruk 8-6-2022 04:15 PM
kepala lutut dia kena gigit ke tu eeeeeeeeeuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote Lagubestbest 8-6-2022 04:20 PM
orang kata grip tangan orang utan kuat, boleh patah tulang kaki mamat tu kalau dia nak buat.
Quote supernaturalee 8-6-2022 07:12 PM
Come to me papa ...

Quote Fettybombom 8-6-2022 07:24 PM
Maksudnye orang utan ni seekor haiwan yg mesra atau yg boleh bg ancaman??
Quote malaygirl 8-6-2022 08:53 PM
Cuak ek....tolonggg tolonggggg
Quote ChildrenOfBodom 8-6-2022 10:33 PM
Loe ingat orang utan punya tangan harmless cute cute mcm tangan hamster ka? kalau dia nk patah2 kan anytime boleh.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.151610 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top