CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Tawaran Dari Orang Tengah,Tapi.."- Kenapa Noraniza Idris Tolak Gelaran Datuk?

8-6-2022 11:06 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 2815| Komen: 21|Original author: Saiful

Noraniza Idris tak sedia nak terima gelaran Datuk.

Katanya dia akan seboleh-bolehnya menolak sekiranya ada pihak yang tampil menganugerahkan gelaran Datuk kepadanya.



Foto: IG

“Ada tawaran dari orang tengah. Tapi saya tolak. Saya tak bersedia, memang tak boleh.

“Saya bukanlah orang yang betul-betul berjaya. Kalau besar sumbangan saya, tidak mengapa.

“Saya segan nak pikul gelaran itu. Saya bukan jutawan yang mampu tolong orang lain. Jadi, tak payah susah-susah,” katanya kepada Utusan Online.




Sementara itu Noraniza kini sedang membuat persediaan untuk konsertnya, Malai Solo Oktober depan.

“Mesyuarat sudah dibuat. Kru produksi juga sudah ada. Senarai lagu pun sama. Cuma akan dipilih semula oleh pengarah muzik.

“Saya nak buat yang terbaik. Ini adalah konsert terakhir saya. Ia melibatkan kos yang sangat tinggi."




Noraniza juga menjaga stamina dan perlu menurunkan berat badan untuk beraksi.

“Anak-anak tawarkan RM10,000 dengan syarat saya kurangkan berat sebanyak 20 kilogram (kg).

“Tempoh mereka berikan sehingga September. Saya boleh buat. Satu bulan hilang lima kg, boleh." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 8-6-2022 11:50 AM
sedih ya dah final concert takde sapa nak bagi nek ani datoship.
Quote laksmanabentan 8-6-2022 12:23 PM
mengharap orang bagi datokship la tu kann...
siap2 bagi hints da....
hahahhaa....
Quote slyfynx 8-6-2022 01:01 PM
Hahaha, siap reveal ade tawaran dr orang tgh.
Nmpk nau mende2 ni mmg jual beli je
Quote Redmyvi 8-6-2022 01:17 PM
tak menarik semua berita pasal dia
Quote Cenderakirana9 8-6-2022 01:33 PM
Dari orang tengah? So kena bayar la kan?
Quote bulalof 8-6-2022 02:38 PM
sedar diri kan?
Quote dekmieDandy 8-6-2022 02:52 PM
Cenderakirana9 replied at 8-6-2022 05:33 AM
Dari orang tengah? So kena bayar la kan?

itular, kang jadi cam dato belon tu
Quote mamastoney 8-6-2022 03:27 PM
Bila ada dato'ship, senang la nk bida sponsorship dana gomen utk buat konsert bawak segerombolan penari, atas nama nak martabatkan budaya dan irama malaysia. Chitpooodah.
Quote ReginaGeorge 8-6-2022 03:37 PM
Sebelum terima gelaran tu, tanya diri apa abangan anda pada negara. Jangan nak syok sendiri je..
Quote kuzaime 8-6-2022 03:56 PM
'Tawaran dr orang tengah' hmm kena bayar nek ani, bukan free x ingat ada baca kat mana ntah dulu, kurang2 dlm rm200k. Rate harga ikut dapat dr negeri mana.
Quote febreze 8-6-2022 09:12 PM
Edited by febreze at 8-6-2022 09:13 PM
laksmanabentan: mengharap orang bagi datokship ...



tak cukup fulus? dari org tgh kan? mn nk cekau?  konsert 8juta? minus one je lah kot?
Quote wirazam 9-6-2022 01:02 PM
slyfynx replied at 8-6-2022 01:01 PM
Hahaha, siap reveal ade tawaran dr orang tgh.
Nmpk nau mende2 ni mmg jual beli je

Mesti org tgh tu deal dgn harga..xyah ambik lar..biarlah legit Dari Istana sendiri..meaning tak perlu nak bayar etc etc
Quote wirazam 9-6-2022 01:05 PM
In one view...dia nih mmg patut dah lama dpt datuk dah..dia yg start popularkan balik irama Malaysia sblm pb pun ikut sama...pb tu mmg bernasib baik lah..
Quote anilanil 9-6-2022 01:08 PM
Orang tengah tu mintak byk mana?
Quote dejure 9-6-2022 01:10 PM
encikWawad replied at 8-6-2022 11:50 AM
sedih ya dah final concert takde sapa nak bagi nek ani datoship.

Syg kerajaan negeri Johor pon seakan meminggirkan beliau,padahal byk jasa dia pd negara dlm memartabatkan industri muzik malaysia
Quote ezacbee 9-6-2022 02:48 PM
Takpelah dia pun dah de gelaran nenek
Quote tikusmontok 9-6-2022 03:23 PM
wirazam replied at 9-6-2022 01:05 PM
In one view...dia nih mmg patut dah lama dpt datuk dah..dia yg start popularkan balik irama Malaysia ...

Iya setuju...byk usaha dia masa handle tmn mini ayer keroh dulu
Quote encikWawad 10-6-2022 09:07 AM
dejure replied at 9-6-2022 01:10 PM
Syg kerajaan negeri Johor pon seakan meminggirkan beliau,padahal byk jasa dia pd negara dlm memart ...

melaka pun tak bagi. walhal taman mini malaysia tu she dah try hard nak survivekan
Quote muntahijo 13-6-2022 04:49 PM
wirazam replied at 9-6-2022 01:05 PM
In one view...dia nih mmg patut dah lama dpt datuk dah..dia yg start popularkan balik irama Malaysia ...

pb tu siapa?

Setuju jugak kalau dia diberi gelaran dato'.Banyak jasa dia dlm menaikkan irama malaysia.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.048908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top