CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Doc Tak Pernah Give Up On Me' - Asyraf Khalid Bekap Azizan Osman Dilabel Scammer

8-6-2022 11:00 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8415| Komen: 93|Original author: LilRose

"Apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul. Jadi, saya rasa sebagai salah seorang yang dibimbing dan transformasi, saya perlu bersuara."



Kredit foto: IG

Usahawan Asyraf Khalid yang juga anak kepada Datuk K menyangkal dakwaan kononnya dia berguru dengan seorang scammer.

Jelasnya, sepanjang tiga tahun dia berguru dengan  mentor usahawan popular Datuk Wira Dr Azizan Osman, dia sering mendengar ayat 'Biar Betul Anak Datuk K berguru dengan Scammer?'


"Doc sebenarnya seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk mencapai jualan dalam jutaan ringgit," jelasnya.

Justeru, dia sangat berterima kasih dan bersyukur mentor perniagaannya itu sentiasa ada untuk membimbingnya mencapai apa yang dikehendakinya.
 
"Jujurnya, saya ni seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah give up on me, dan buat macam-macam proses untuk memastikan saya berjaya dan menjadi ketua yang lebih baik," ujarnya.



Kredit foto: IG

Terdahulu, penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan yang dibimbing RinchWorks.

Dalam masa sama, dia juga memuji anak dan menantunya iaitu Asyraf dan Tya Ariffin yang merupakan antara usahawan yang berjaya dengan produk mereka di bawah bimbingan RichWorks.


"Biarlah orang luar nak cakap Doc scammer ke, jual air liur ke, tapi kita anak murid Doc tahu betapa banyak impak dan nilai yang Doc dah bagi kepada kita semua. Semoga Allah terus pelihara & lindungi Doc sekeluarga," tambah Asyraf.


Kredit foto: IG

Dengan penjelasan Asyraf Khalid ini, masih ada lagi nak dakwa Azizan seorang scammer? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 8-6-2022 11:24 AM
yang bagi impak dan nilai yang mewangi tu utk founder2 merepek2 mcm kau aje. btw, kau makin gemok pegi la exercise. ok bye
Quote epal_putih 8-6-2022 11:25 AM
Jual produk timbang kelo
Cari ejen merata.. huh...
Quote mind_space 8-6-2022 11:35 AM
Sedut lemak byk kali pun tak mampu nak maintain fit…
Quote prince_marhaen 8-6-2022 11:40 AM
hujung-hujung jual content video anak & adik tiri sendiri jugak untuk fame... orang kenal kau sebab tu je pun... tu pun sebab paling gundu, pemalas & biawak je.
Quote Acikgomen 8-6-2022 11:42 AM
Doc doc doc apoooooo
Org yg ade PhD tak panggey doc bingai
Org panggey prof je
Yg doc doc ni kalo keja ko doktor kat sepital tu je
Ko skolah ke takkkkkk
Quote kucingitam 8-6-2022 11:47 AM
what's up doc? terus aku terbayang bugs bunny..
Quote likilu 8-6-2022 11:59 AM
Bersuara je apa value

Orang nak tengok cert yang duk claim doc  tu

Setakat emotional ig post kau ingat dah dapat justify ke? Lemah jugak dia ni, sekolah sampai tingkatan berapa? Wife tu sekolah habis tak dekat jawa sana ke orang mana kalimantan ke
Quote maxim 8-6-2022 12:05 PM
mengarut la die

aku lg percayakan kata2 cacian acik2 porum ni
Quote doubleA 8-6-2022 12:14 PM
Panggil datuk sudah la, such an insult to doctorate yg ada phd pun kalau tak kerja di bidang sepatutnya org tak panggil Dr. Ni penipu phd hadap gelaran doc, iols paling menyampah part tu je. Kalau dah gelaran pun penipu. Lain2 lantak ko la. Btw serap ni hadap sungguh gelaran anak dk, kalau takda nama bapak tak boleh berdikari kan
Quote slyfynx 8-6-2022 12:57 PM
Hahahaha, penipu yang melahirkan penipu untuk menipu yang ditipu.
Of course la ko akan menipu untuk bapak tipu kau.
Quote LembingDayanti 8-6-2022 01:02 PM
sebab dia nak menunggang mak tiri kau. cuba kau anak pak meon.. dgn rupa kau badan kau mcm tu
Quote silampumeja 8-6-2022 01:02 PM
Dr tak pernah give up on your money actually. Selagi ko bayar, selagi tu dia bg air liur dia.. huuu
Quote BellaThePrinces 8-6-2022 01:04 PM
sampai skrng sy dok la musykil, cemana jual sejenis jus je bole jutawan kemain...banglo lah, wisma lah
jus tu tak nmpk pun kat mana2 kedai kalau benar laris.
setakat ni jumpa kengkawan sedara mara jiran tetangga tak pernah plk menyebut jus ni.

to jijang...untunglah ada pembekap tegar...hidup titan!...masyukkkk...

Quote KBW2 8-6-2022 01:06 PM
1. Orang guna "doc" untuk doktor perubatan atau sains perubatan.

2. Doc hengkau ni takde ijazah PhD pun.

3. Engkau otak lombu dan kaki propa.
4. Mungkin "Dog" lebih sesuai untuk orang-orang penipu macam kau dan Jijang Semang.
Quote emera 8-6-2022 01:08 PM
Edited by emera at 8-6-2022 01:10 PM

Doc?? Kau antara si bodoh yg berjaya dia kelentong.
Quote tasha 8-6-2022 01:10 PM
Bodohlah...serap sembab ni artis ke???
Quote KBW2 8-6-2022 01:12 PM
Tahukan kicap Jalen dan Kipas Udang. Dah bertahun-tahun dalam pasaran. Kat hypermarket ada, kedai Acheh ada, kedai runcit kat Ulu Tembeling pun ado. Takde plak gebang ratus-ratus juta padahal orang Malaysia memang kaki makan kicap dan business derang maintain sampai sekarang. Ko nak aku percaya jus bodo kau boleh bagi sales 15 juta setahun?
Quote opie5662 8-6-2022 01:19 PM
Mmg la tak give up selagi ko baya fee... Kalu ko x baya fee die... Tobat lahum takmo die layan ko
Quote bedahmenjuyah 8-6-2022 01:26 PM
Acikgomen replied at 8-6-2022 11:42 AM
Doc doc doc apoooooo
Org yg ade PhD tak panggey doc bingai
Org panggey prof je

Terkekek kekek aiol baca sampai terbayangkan diva aa part last tu hahaha

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037128 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top