CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kami Bukan Gay, Kami Dah Sah Kahwin!

8-6-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3851| Komen: 9

Jakarta: Disangkakan pasangan gay, suami isteri menjadi bualan di media sosial selepas memuat naik video mereka di Tik Tok.

Detik.com melaporkan mereka juga diundang menjadi tetamu rancangan televisyen selepas netizen menyangka mereka adalah pasangan sejenis.

Keadaan itu menjadikan mereka gusar kerana mula menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen.


Foto: Detik.com

Bagaimanapun, mereka segera menafikan tuduhan itu dan memberikan penjelasan.

"Hairan apabila orang anggap kita pasangan sama jenis. Sedangkan kita bernikah secara sah di Indonesia," kata mereka menerusi akaun TikTok @haloakuniahhh.


Pasangan itu memberikan bukti bahawa mereka bukan pasangan sejenis dengan menunjukkan buku nikah.

Mereka juga mempamerkan cincin yang ada di tangan masing-masing.

Kurniati atau Nia juga berkongsi video mengenai penampilannya untuk menjawab persoalan ramai pihak.

Wanita itu mengubah penampilannya sebelum bernikah dengan Bimo kerana pernah melalui pengalaman yang membuatkannya trauma.

Setiap hari, ketika berada di khalayak ramai, dia sering dianggap sebagai seorang lelaki terutamanya di dalam tren.

Dia diminta untuk tidak berada di koc wanita dan kejadian itu turut dikongsikannya di TikTok.

Video penjelasannya dikongsikan, baru-baru ini, dan mendapat sokongan daripada netizen.

Ada juga netizen yang turut memberikan pelbagai cadangan.

"Saya mengikutinya. Bermula daripada berpisah (sehingga) memutuskan untuk bernikah. Semangat Nia," kata seorang netizen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-6-2022 10:37 AM
Bagus, banyakkan berita indon ..90% pun takpe berbanding berita tempatan.. apa kamu diabayar wang rupiah gaji hari ekk wartawan?
Quote Samerosie 8-6-2022 10:46 AM
Cerita lama dah ni kan.
Quote prince_marhaen 8-6-2022 11:48 AM
cari MRO : 10 berita indon 1 berita india.... cerita dah lapok pun korek jua...janji berita indon...
Quote dekmieDandy 9-6-2022 11:09 AM
passport diorang hijau untuk perempuan, merah untuk lelaki ke?
Quote Decaffeinated 9-6-2022 11:20 AM
Mungkin suami dia yg gay. Nak kahwin jantan tak boleh cari pompuan yg macam jantan. Btw muka bini dia tu masih pompuan.
Quote Samerosie 9-6-2022 11:47 AM
Edited by Samerosie at 9-6-2022 11:50 AM
dekmieDandy replied at 9-6-2022 11:09 AM
passport diorang hijau untuk perempuan, merah untuk lelaki ke?

sijil nikah derang tu.  Kat photo tu terbalik words Buku Nikah kan.
Quote dekmieDandy 9-6-2022 12:23 PM
Samerosie replied at 9-6-2022 03:47 AM
sijil nikah derang tu.  Kat photo tu terbalik words Buku Nikah kan.

ya ampun tak perasan lansung

patut google tak keluar pasal color buku passport

thank you!
Quote Samerosie 9-6-2022 01:44 PM
dekmieDandy replied at 9-6-2022 12:23 PM
ya ampun tak perasan lansung

patut google tak keluar pasal color buku passport

Np kaka...marriage book katanya dalam bahasa omputih.
Quote Bedah.Cun 9-6-2022 02:36 PM
Kepam nyer mengkomer uhuhu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.116571 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top