CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sedih Pakar Bedah 'Tak Nak Sentuh' Anak Derita Badan Berlipat

8-6-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1304| Komen: 1

Seorang remaja lelaki di Afrika dilahirkan dengan badan berlipat kerana mengalami masalah otot yang teruk, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Remaja dikenali sebagai Ulrich itu terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat untuk menampung berat badannya. 


Kredit foto: The Sun/Mercy Ships - Shawn Thompson

Difahamkan, dia dilahirkan dengan sindrom kontraktur quadriceps yang menyebabkan lututnya terkehel.

Ulrich berkata, dia bimbang keadaannya akan menjadi lebih teruk selepas pakar-pakar bedah enggan melakukan pembedahan ke atas dirinya.


Kos pembedahan tersebut juga terlalu mahal untuk keluarganya. Ibu Ulrich, Georgette berkata, dia sedih melihat anaknya menderita.

“Pakar bedah tidak akan menyentuhnya, sedih melihat dia sakit. Apabila dia sakit, saya juga sakit,” kata Geogette kepada badan amal Afrika, Mercy Ships.

Penyakit kontraktur quadriceps menyebabkan otot Ulrich tumbuh pada kadar lebih perlahan berbanding tulangnya sehingga menyebabkan kakinya membengkok ke hadapan.


Kredit foto: The Sun/Mercy Ships - Shawn Thompson

Keluarga itu kembali gembira apabila Mercy Ships menawarkan untuk membiayai pembedahan Ulrich supaya remaja itu boleh berdiri tegak buat pertama kalinya.

Ulrich kemudian menjalani beberapa pembedahan yang kompleks kerana keadaannya yang agak teruk. 

Susulan pembedahan, Ulrich kini berharap agar dapat memenuhi impiannya untuk ke sekolah dan tidak lagi hidup dalam ketakutan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 8-6-2022 10:25 AM
alhamdulillah... terbayang juga tahap seksa dia

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.106915 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top