21 Jun 2013 TEMERLOH - Seorang pengetua sebuah sekolah di bandar Temerloh cedera ringan selepas mendakwa ditumbuk tiga kali oleh seorang pelajar tingkatan lima sekolahnya. Kejadian dipercayai berlaku Selasa lalu apabila pengetua terbabit yang melakukan rondaan sekitar kawasan sekolah menemui sebuah telefon bimbit lalu menyimpannya. Selepas beberapa minit, datang seorang pelajar tingkatan lima menuntut telefon bimbit itu yang didakwa miliknya. Bagaimanapun pengetua terbabit enggan memulangkannya mengakibatkan pelajar tersebut berang lalu melepaskan tumbukan di tengkuk mangsa. Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh enggan mengulas lanjut tetapi mengesahkan kejadian dan pihaknya telah memanggil pelajar serta pengetua terbabit untuk diambil keterangan. Menurutnya, polis telah membuka siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan dan pelajar terbabit dilepaskan selepas memberi keterangan.
|
ell768 posted on 21-6-2013 01:57 PM
nanti ada laaa makpak budak ni kuar statement..guru besar tu yg start dulu blablablabla..bekap anak ...
Innrukia posted on 21-6-2013 01:54 PM
adakah anak salah sorang forumer kat sini
sini pun ramai taraf mak bapak yg kurang ajaq jugak ses ...
ADVERTISEMENT