Pengguna yang menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada pagi semalam menghujani laman Twitter syarikat pengangkutan awam tersebut dengan keluhan dan rungutan.
Menerusi ciapan seorang pelayar Twitter, rasa tidak puas hati itu berikutan insiden di mana dia dan pengguna komuter lain terkandas lebih kurang dua jam. Sudahlah terkandas dan lewat sampai ke destinasi, pemilik Twitter ini juga mendedahkan dia terpaksa membayar tambang perjalanan lebih dari harga sepatutnya kerana tempoh masa menaiki komuter tersebut melebihi lima jam. Melihat ciapan pemilik Twitter berkenaan, ramai berkongsi pandangan dan komen tentang servis serta mempertikaikan pihak KTM sering mengalami masalah sama dari dulu sehingga sekarang.
Untuk rekod, pihak KTMB telah memohon maaf kepada pengguna Twitter tersebut atas masalah teknikal yang dihadapi menerusi ciapan di media sosial. Sumber: Murai |
emma.giggs replied at 8-6-2022 12:44 PM
Aku Ade nmpk petition suruh KTM improve service dia..tp aku rs Ade baik nye buat petition suruh CEO ...
dodolgemok replied at 8-6-2022 04:25 PM
CEO mmg dah bengap, menteri pulak mana hilang? Xnak bagi komen ke menteri MCApigs @rashiman @kemaruk ...
ADVERTISEMENT