CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peserta Rancangan Masak Menjerit Terkejut Disuruh Masak Ular

8-6-2022 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1830| Komen: 10

Tular sebuah rakaman video rancangan pertandingan memasak yang memerlukan peserta menggunakan ular sebagai bahan utama dalam hidangan.



Menerusi perkongsian semula episod rancangan masakan itu di aplikasi TikTok, studio rakaman kecoh dengan jeritan peserta MasterChef Thailand Musim Keempat lalu yang terkejut apabila bahan masakan utama berkenaan dibawa masuk.

Sebaik pihak juri memberi arahan, mereka tanpa membuang masa terus mencari bahan-bahan lain dan terus memasak. 



Semakin menghampiri ke masa penamat, peserta dilihat gigih menyiapkan hidangan mereka walaupun ada yang kelihatan sangat geli dengan ular itu ketika proses menyiang dan memotong.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut. 



Ada juga yang berpendapat bahawa rancangan pertandingan masakan di Thailand memang ekstrem.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 8-6-2022 09:38 AM
Ini bukan masterchef..ini fear factor: cooking edition.
Quote KamikuP 8-6-2022 09:40 AM
Pastu covid19 cacar monyet selsema babi pun melanda donia
Quote Nnasda53 8-6-2022 10:05 AM
Sejuk2 tangan tgk nya.
Quote syamzana 8-6-2022 10:11 AM
takutnya campur geli, lembek2 sejuk
Quote Belibis 8-6-2022 10:12 AM
Natang yang paling aku takut...usahkan nak masak,kalau boleh taknak jumpa langsung.
Quote Artemesiaa 8-6-2022 10:19 AM
Euwww tapi bila dah hilang kulitnya dah macam belut je
Quote bakingsoda 8-6-2022 11:03 AM
kalau aku jd peserta terus minta disingkir
Quote angelofish 8-6-2022 11:07 AM
ular sawa halal tak makan? tidak berbisa @ bunuh dengan cara menjerut. panggang ala ala belut makan dengan air asam...
Quote Lycanni 8-6-2022 12:48 PM
kalau saya memang dah tersingkir awal2 dah
Quote Racurve 8-6-2022 02:10 PM
pasar wuhan tersenyum sinis

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.101895 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top