CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerana Drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling Terharu Nama Makin Dikenali

8-6-2022 10:04 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5283| Komen: 29|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Anna Jobling


Baru-baru ini, bekas peserta Dewi Remaja dan pelakon Anna Jobling mengakui dia tidak menyangka apabila drama terbaru dibintanginya iaitu Melur Untuk Firdaus menjadi trending dan satu fenomena di Malaysia serta di Indonesia.

Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia pada mulanya berasa ragu-ragu kerana ini adalah kali pertama baginya memegang watak sebagai heroin. 

Hal ini menyebabkan dia bimbang dengan respons yang akan diterima oleh pencinta drama tempatan.


Sumber: Instagram Anna Jobling

Namun, Anna bersyukur apabila drama ini menjadi trending dan rata-rata penonton menerima baik drama ini dan memberikan respon yang begitu positif.

Untuk pengetahuan semua, drama ini mula ditayangkan sejak 27 Mei lalu menerusi slot Lestari di TV3.


Menurut Anna, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi sepanjang lima bulan penggambaran drama ini di mana dia positif COVID-19 dan dijangkiti demam denggi. Namun, dia sangat bersyukur apabila dapat menghabiskan penggambaran dengan baik. 


Tambah Anna, walaupun dia menerima banyak komen positif, dia tahu masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi lakonannya. 

Walaupun Anna Jobling masih baru dalam dunia lakonan, namun bakat lakonannya begitu menyerlah. Semoga Anna sentiasa maju jaya dalam apa yang diceburinya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 8-6-2022 11:27 AM
segak betul budak ni... dan berlakon pun x kayu... ter folow plak citer ni.. sbb suwet sgt nga budak merqen hero remajer tuh..
Quote Rogue98 11-6-2022 07:01 PM
Drama ni ke yang viral smlm kira guna calculator pun salah...
Quote MakareyumSuciey 11-6-2022 07:15 PM
Moral of the story, berlakon utk terbitan TV3...baru lebih dikenali. Kalau Astro hanya dikenali oleh warga2 diorg je..
Quote makita 11-6-2022 10:09 PM
Scene akad nikah ni nampak kat tik tok. Yg pengantin lelaki tu mmg real mcm terkujat sweet2 bila tgok muka pengantin tu. Boleh tahan gak dua org ni segak sungguh. Meols last tgok drama melayy masa 2012. Tapi bila tgok scene ni mmg rasa nak kawen je
Tu yg malas nk tgok tu, nanti berangan je meols
Quote makadek 11-6-2022 10:29 PM
MakareyumSuciey replied at 11-6-2022 07:15 PM
Moral of the story, berlakon utk terbitan TV3...baru lebih dikenali. Kalau Astro hanya dikenali oleh ...

Yela cam aku takde astro takpenah ada dn tak knl product2 diorg ..
Quote MakareyumSuciey 12-6-2022 05:44 AM
makadek replied at 11-6-2022 10:29 PM
Yela cam aku takde astro takpenah ada dn tak knl product2 diorg ..

Ok dah tu...memadai dah dgn tv1, tv2 and tv3.
Quote cmf_premierleag 12-6-2022 08:55 AM
Skrip drama ni bodoh nak mampos
Ms melur ni sakit sbb mcm ada penyakit bleh lak mak dia si kuza tu cakap "ingatkan dah bagi kawen ni takdelah sakit lagi"
Bahlol nya skrip drama meleis low class ni
Asal anak ko sakit je,ko kasi kawen
End up menyusahkan spouse je
Bodoh cibai bahlol punya skrip drama
Quote NazRysha 12-6-2022 09:45 AM
Tak sesuai la dia jadi Melur
Quote September14 12-6-2022 09:47 AM
Dia ni cntik tp jgn mekap tebal2 nmpk tua
Quote fefeeling 12-6-2022 03:32 PM
Aku tgk sekilas je drama ni masa pi makan kt kedai tepi jalan.. tgk yg dak laki tu bercakap mulut mcm tak terbukak ada emas ke dlm mulut kau dik? Cakap ke mengetap gigi ke taknak bukak mulut sebab napas berbau ke apa dik?
Quote orkid_amani 12-6-2022 03:35 PM
makadek replied at 11-6-2022 10:29 PM
Yela cam aku takde astro takpenah ada dn tak knl product2 diorg ..

Aii ada astro pun dok tengok supersport ja uols .lg la xkenai pelakon ka Msia ni..kenai pun sbb join foum ni
Quote Nozot 12-6-2022 03:47 PM
Ada selera sikit nak tengok walau cerita recycle ja. Ok sangat dari Kak nab chipmunk, bella setillah, scha apa tah, stok - stok tak tahu kenapa boleh jadi lead walhal tak ada aura pun, lakonan pun tak ada impak langsung. Tambah sorang lagi, adik nely tu raysha..yang tu pun kayu kalah kayu balak.
Quote Nozot 12-6-2022 03:48 PM
cmf_premierleag replied at 12-6-2022 08:55 AM
Skrip drama ni bodoh nak mampos
Ms melur ni sakit sbb mcm ada penyakit bleh lak mak dia si kuza tu c ...

Kan..hahahaahah...rasa nak hempuk je. Bodow yg amat..tapi apa nk diharapkan dari production malaysia..recycle ja yang lepas
Quote Cokoro 12-6-2022 03:51 PM
Nozot replied at 12-6-2022 03:47 PM
Ada selera sikit nak tengok walau cerita recycle ja. Ok sangat dari Kak nab chipmunk, bella setillah ...

Perasan tak raysha tu muka bulat betul. Naik bdn ke dia. Tgk dlm drama bisik2 gelora tu
Quote Kancilkering 12-6-2022 04:12 PM
bulat muka raisha tu…tapi rambut dia letup….

x tahan tgk edika…dye rambut itam
Quote VitchyPinkVitch 12-6-2022 05:21 PM
Aku baru je follow cite ni minggu ni, drama lain belum mampu bukak pintu hati aku.
Quote ariellin 12-6-2022 05:31 PM
Aku ok je dgn anna sbb dia cantik lagipun skg mgkin zaman pelakun seangkatan uqasha dh blh bg laluan kat muka2 fresh mcm anna.. meerqeen

Muak dah tgk sanaz.. johan asaari.. nelydia.. fasha
Quote TerataiMelur02 12-6-2022 06:00 PM
Nozot replied at 12-6-2022 03:47 PM
Ada selera sikit nak tengok walau cerita recycle ja. Ok sangat dari Kak nab chipmunk, bella setillah ...

Macam dah membolat c raysha tu. Cutting pun yillek. Kalau cakap tu mak orang pun orang percaya je
Quote katak hijau 12-6-2022 06:09 PM
Start minat anna ni masa dia berlakon shah alam 40000..heran la masa tu kenapa xde production nak ambik dia watak heroin betul2. Lakonan pun x kayu.

Tp cerita ni membosankan. Jalan cerita sama. Meleret2

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042298 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top