CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Ditangkap Memiliki Duit Simpanan RM149K, Janji Tak Mengemis Lagi

8-6-2022 10:00 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1276| Komen: 0|Original author: Agent13k

Baru-baru ini, seorang pengemis di Indonesia yang memiliki wang simpanan sebanyak 460 juta Rupiah (RM149,069) menjadi perhatian selepas dua buah buku simpanan bank miliknya tular.


kredit foto: YouTube


Lelaki bernama Lufti Haryano berusia 47 tahun yang duduk di bandar Gorontolo itu dilaporkan telah mengemis selama 13 tahun selepas dia berpisah dengan isterinya, lapor Kompas.


Difahamkan, selepas gambar buku simpanan menjadi tular, Haryano dipanggil polis untuk memberi keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontolo pada 2 Jun lalu. 

Selepas disoal siasat, Haryano mengaku wang simpanan dalam kedua-dua bank itu adalah miliknya.

kredit foto: KompasTV

Bagaimanapun, Haryano berkata, wang itu bukan sepenuhnya hasil mengemis kerana dia pernah berkerja di sebuah kedai makan.

Berikutan itu, Haryano berjanji akan berhenti mengemis dan bakal membuka sebuah warung di tempatnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.157702 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top