CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tinggal Baju Dan Barang Lain, Zynakal Dedah Pernah 'Lari' UiTM

8-6-2022 12:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1504| Komen: 4

Perkongsian penyanyi Zynakal untuk tidak meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) satu ketika dulu mengundang rasa kurang selesa segelintir pihak.


Pengakuan Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli itu dikhuatiri mempengaruhi golongan remaja lain untuk mengambil keputusan sama.


IG Zynakal

Lebih membimbangkan, Zynakal mengakui mengambil keputusan itu dibuat secara diam-diam dan dia meninggalkan UiTM tanpa memaklumkan sesiapa.

Zynakal ketika berkongsi perkara itu dalam satu temu bual di saluran YouTube Borak Dengan Miro itu berkata, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan UiTM begitu saja.


"Saya juga tidak mengambil barang-barang seperti beg, baju, gel rambut dan banyak lagi. Semuanya dibiarkan saja dalam almari.

"Rakan sebilik ada menelefon bagi bertanya keadaan saya. Tanpa berselindung, saya beritahu yang saya sudah habis belajar. Saya juga memberikan kebenaran untuk dia menjual barang-barang yang ditinggalkan itu kepada sesiapa yang berminat. Itu hal sebenar yang saya perlu korbankan. Anda perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu," katanya.

Perkongsian penyanyi yang popular dengan lagu Sakit itu tidak menerima maklum balas positif dalam kalangan pengguna media sosial.

"Pada awalnya rancang nak sambung pengajian di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Namun, tak sempat kerana saya terlewat daftar dan hantar borang. Mak pula mahu saya terus sambung belajar, jadi saya memilih UiTM Shah Alam.

"Di situ bermulanya perjalanan 'nakal' saya. Ia terjadi sebab saya berada di sekolah asrama selama lima tahun. Ia seperti penjara kerana kami tidak terdedah dengan dunia luar.Keluar pun seminggu sekali pada hujung minggu.


IG Zynakal

"Jadi, saya macam dah penat belajar dan waktu itu saya mahu guna otak (untuk hal lain) dan nak keluar (dari dunia pembelajaran). Akhirnya saya jadi tak boleh terus belajar," katanya.

Sebelum ini, Zynakal pernah mendedahkan yang dia pernah menderita gangguan bipolar pada penghujung 2019 akibat kecaman yang diterimanya di media sosial.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 8-6-2022 07:21 AM
Lorr..nk keluar uitm, kemas je brg dan keluar bukan ada org halang..apa halnye susahkan roommate .mmg 'otak ko utk perkara lain'...wenggg
Quote bulalof 8-6-2022 08:34 AM
kesian ko, takat cerita2 lemah camni je boleh jaja utk org luar.
Quote nakkomenjugak 8-6-2022 09:00 AM
Kelindan sungguh aura nya
so dari sini keee nama nakal tu?
Quote sleepandream 12-6-2022 01:20 AM
kalau bilik berdua... kesorangan la rumet dia tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.133360 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top