CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Beli Telur Ayam Retak Sebab Naik Harga RM1.50

7-6-2022 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1035| Komen: 4

Harga telur ayam di Pasar Pamarayan, Kabupaten Serang, Banten, meningkat dari 25,000 rupiah (RM7.60) kepada 30,000 rupiah (RM9.10) sekilogram.


Lapor Tribunnews, peniaga, Susi Aniati berkata, sebahagian pembeli terpaksa beralih mencari telur ayam yang retak kerana harganya lebih murah.


MedCom

“Ramai mengadu kerana harga telur ayam naik.

“Disebabkan itu, ada yang mencari telur pecah. Tetapi kalau beli telur yang kulitnya rosak, mungkin tidak banyak hanya dalam dua ke tiga biji dan akan digoreng terus,” katanya.


Menurut Susi, kenaikan harga telur ayam disebabkan oleh kos makanan haiwan yang tinggi.

Katanya, dia tidak berani menyimpan bekalan telur ayam yang banyak kerana pembeli semakin berkurangan sejak harga naik.

“Pembeli juga semakin berkurang dan yang biasa beli sekilogram sekarang hanya beli separuh kilo sahaja.

“Saya harap kenaikan harga telur ayam ini tidak terlalu lama dan segera kembali normal kerana memberi kesan kepada pendapatannya,” katanya.

Dua tahun lalu, terdapat dua barangan komoditi yang harganya naik mendadak iaitu telur ayam dan cili.

Berdasarkan tinjauan detik.com di Pasar Jatinegara, Jakarta Timur, harga telur ayam boleh mencecah sehingga 30,000 rupiah bagi setiap sekilogram.

Harga telur ayam di seluruh negara juga dilaporkan naik dengan harga paling mahal ketika itu adalah di wilayah Papua iaitu 42,100 rupiah (RM12) sekilogram.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 7-6-2022 11:37 PM
Mentang2 ramai PATI Indon kat Msia..asyik keluar berita Indon jer...taulah nak bagi saudara mara uols info..tp den xgemor ler..asyik Indon Indon Indon..ko ingat den Indon..chettt...podahchitt..
Quote glump 8-6-2022 08:20 AM
Beli telur pakai kilo ke?
Quote Belibis 8-6-2022 08:24 AM
Bela ayam sendiri....opppps bukan kat perak rupanya.
Quote KamikuP 8-6-2022 10:15 AM
Sementara Kat sini bangsa kiasu suka pilih2 telur lalu byk telur yg retak dan byk najis.. ciss kiasu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.028540 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top