CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Orang 56 Tahun Dicekup Khalwat Dengan Duda 65 Tahun Dalam Hotel Bajet Kelantan

7-6-2022 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5781| Komen: 64

Kota Bharu: Wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini, malam tadi.


Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada 11.30 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit.


Foto: Harian Metro

"Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu.


"Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut operasi sempena cuti sekolah yang diadakan antara 5 petang semalam sehingga 1 pagi tadi itu, Mohd Fadzuli berkata, pasangan kekasih berusia 20-an turut ditahan di sebuah hotel bajet di sini.

"Dua pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 50, Undang-undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Kami turut memberi notis kepada tiga pasangan kekasih kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, kira-kira 5 petang semalam,' katanya.

Katanya, pasangan yang diberi notis diminta hadir mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh dua minggu, jika gagal hadir mereka boleh didenda. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 7-6-2022 05:52 PM
Kelate ni dah tua ganyut pun masih xinsofff
Quote Nnoor2 7-6-2022 05:55 PM
Aku lagi x faham knp berani pilih negeri kelantan...saja mengundang maut
Quote renko 7-6-2022 05:57 PM
merah mata timbalan mb
Quote wirazam 7-6-2022 05:58 PM
renko replied at 7-6-2022 05:57 PM
merah mata timbalan mb

Knp merah???
Quote Artemesiaa 7-6-2022 05:59 PM
Kadang tak sengaja tertangkap kadang sengaja ditangkap untuk mempercepatkan process kalau tak rancangan tak jalan
Quote rosmahisham 7-6-2022 06:01 PM
Nauzubillah..takot pulak tua2 nanti nafsu merosakkn diri.Malu lagiiik kat anak2.
Quote Nnoor2 7-6-2022 06:02 PM
Umur 56 x monopos dah ke...rasa pelik..elokla terus kawin
Quote bakingsoda 7-6-2022 06:02 PM
pasangan selingkuh tua ganyut kubur calling2 ni dari selangor hoccay #donebackuplobai
Quote MarryPottet 7-6-2022 06:12 PM
Gigih naek bas dari Selangor ke Serambi Mukah untuk bersama
Apa, takut kat Selangor tadak air ka nak mandi sahaja aku?
Quote jazaa100 7-6-2022 06:15 PM
renko replied at 7-6-2022 05:57 PM
merah mata timbalan mb

Negeri lain ada je kes mcm ni, cuma tak lapurkan jer....

- timbalan menteri besar kelantan.


Quote Skuau 7-6-2022 06:16 PM
"ni nk rosakkan nama klate ni"-kawe
Quote jazaa100 7-6-2022 06:18 PM
renko replied at 7-6-2022 05:57 PM
merah mata timbalan mb

Negeri lain ada je kes mcm ni, cuma tak lapurkan jer....

- timbalan menteri besar kelantan.


Quote Kitty_catz 7-6-2022 06:25 PM
cheezel replied at 7-6-2022 05:52 PM
Kelate ni dah tua ganyut pun masih xinsofff
Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit.


gichewww kaka
Quote Kitty_catz 7-6-2022 06:26 PM
ewww  56 fefeling hot leteww.. ni mesti mcm nenek2 yg berzumba dan bertiktok dekat socmed

pehtu duda gatai dm.. the rest is history kata omputih
Quote musangbodoh 7-6-2022 06:31 PM
awat blur...nk gak tgk geng2 senamrobik jimba nie
Quote monreyes 7-6-2022 06:39 PM
nape jauh sangat projek...
Quote ezacbee 7-6-2022 06:39 PM
Ni mesti acik cun..
Quote Nnoor2 7-6-2022 06:44 PM
Rasanya kat selangor lagi bnyk kelas senamrobik
Quote Nnoor2 7-6-2022 06:45 PM
musangbodoh replied at 7-6-2022 06:31 PM
awat blur...nk gak tgk geng2 senamrobik jimba nie

Semua geng2 acik2 makdatin2 yg bambam perut berlemak yg selalu join kelas senamrobik yg tua2 ni....lagu2 depa best tau

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.089273 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top