CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tutup Syarikat 30 Hari Kalau Paksa Kerja Waktu Panas Terik

7-6-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 794| Komen: 4

Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi (MHRSD) mengumumkan peraturan larangan bekerja dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang (waktu tempatan) selama tiga bulan, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.


Meliputi semua syarikat dan organisasi swasta, larangan itu akan berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 15 September tahun ini.


Foto: Al Arabiya

Menurut Saudi Gazette, langkah tersebut melibatkan sekitar 2.74 juta pekerja lelaki dan wanita terutamanya dalam sektor pembinaan.

Larangan itu selaras dengan keputusan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Ahmed Al-Rajhi. 


Beliau mahu melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja sektor swasta yang bekerja di bawah pancaran terik matahari ketika tengah hari dan awal petang.

Susulan keputusan tersebut, sektor swasta diminta menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat untuk menghindari pekerja daripada risiko dan bahaya disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari serta habas panas.

Pekerja sektor minyak dan gas, di samping penyelenggaraan serta perkhidmatan kecemasan adalah dikecualikan, namun langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk melindungi mereka.

Pada tahun lalu, pegawai-pegawai penguatkuasa telah menahan beratus-ratus orang kerana melanggar arahan larangan kerja waktu tengah hari itu.

Di bawah artikel 236 Undang-undang Buruh, syarikat dan pertubuhan yang melanggar peraturan itu boleh didenda tidak kurang daripada SR3,000 (RM3,511) dan tidak melebihi SR10,000 (RM11,705) bagi setiap pelanggaran.

Hukuman itu termasuk menutup organisasi atau syarikat terbabit selama 30 hari.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 7-6-2022 04:44 PM
Mulianya Arab Saudi
Quote kakikuDibibirmu 7-6-2022 08:52 PM
Al-Rajhi bank tersenyum sinis
Quote Skuau 7-6-2022 08:59 PM
di tanahair:
'lu takmok..bangla,myanmar,nepal,indon,pakis,pilak,rohingya mau maaa...
Quote sharlenetexas 7-6-2022 09:00 PM
Skuau replied at 7-6-2022 08:59 PM
di tanahair:
'lu takmok..bangla,myanmar,nepal,indon,pakis,pilak,rohingya mau maaa...

Rohingya nak ke kerja constructionni? Deyols kan feeling2 urban


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.146576 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top