Ellie Suriaty berkata cantik itu adalah subjektif dan apa yang paling penting untuk semua pengamal industri kreatif adalah bakat.
Ini kerana bakat tidak ada pasa semua orang dan ia anugerah istimewa kepada yang memilikinya. “Bakat adalah anugerah Allah SWT. Ia sangat khusus pada orang tertentu. Jadi saya tak melihat pada rupa paras kerana ia subjektif. Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa! “Dalam hal ini, bukan soal cantik, tapi saya lihat ada kelemahan di bahagian penghasilan skrip. Ia wajar dipelbagaikan untuk beri ruang pekerjaan dalam industri seni, buat mereka yang berbakat,” katanya kepada Utusan Online. Ellie kata dia tak hentam pun kalau seseorang artis itu mahu sentiasa tampil cantik dan tampan kerana itu cara mereka menjaga keterampilan dan kesihatan. “Kalau dia jaga bab itu, ia sesuatu yang positif bagi saya. Tapi, kena ingat. Bila anda berjalan masuk ke dalam sebuah majlis hiburan, meski ramai orang cantik dan berpenampilan cantik, anda akan nampak yang outstanding adalah mereka yang kita tahu kualiti dan disiplin kerjanya. “Ini bukan outstanding dari segi kontroversi ya. Tapi bakat dan kerjayanya yang begitu menyerlah walaupun ketika itu, busana yang dipakainya sangat sederhana. “Satu yang saya ingin pesan pada semua, orang yang berbakat mestilah menjadi orang yang tidak malas. Semuanya kena bergerak seiring." Namun katanya ianya amatlah mustahil untuk enemui 10 atau 100 orang yang berbakat besar dalam satu masa sama. “Sekarang banyak artis dan bakat baru yang ada macam cendawan tumbuh. Tapi, bakat boleh diasah sebenarnya. Mana boleh dapat sekali gus serentak. Tak kisahlah sama ada pelakon, penyanyi, pengarah, penulis, pelukis sekali pun. “Pihak TV pun kena main peranan. Kalau pengikut ramai di media sosial, tidak bermaksud seseorang itu benar-benar berbakat. “ Pula itu jika hanya berpaksikan pada rupa paras semata. Tak bolehlah cop dah boleh berlakon jadi hero atau heroin."-CARI
|
MistrezHermanaz replied at 7-6-2022 04:00 PM
yg bwh tu gambar bila tu
pencintaABC replied at 7-6-2022 04:11 PM
Sejak bila heshe pernah cantik?
missHaidiD replied at 7-6-2022 04:26 PM
Cntik tak cuols acik elie masa jd awek mas
kucingitam replied at 7-6-2022 05:02 PM
dia cantik eksotik mcm abil, tapi tu lah..abil eksotik mmg jaga penampilan..yang acik ellie ni...hmm ...
ADVERTISEMENT