Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik pengguna Twitter dikenali sebagai Wan Mehsan. Menerusi video itu, kelihatan seorang polis bantuan dari sebuah universiti tempatan memberi layanan yang agak kasar kepada pelajar di situ. Menerusi video berdurasi selama 29 saat itu, kelihatan dua individu masuk ke kampus dan ketika tiba di pondok polis bantuan, anggota berkenaan meletakkan tangannya ke atas kereta pemandu. Ketika disoal, pemandu kereta berkenaan menjelaskan bahawa dia mahu menghantar seorang pelajar di universiti tersebut. Dengan gaya yang sangat sombong, anggota itu meminta pelajar tersebut untuk menunjukkan kad pelajarnya namun dia menjelaskan bahawa kad pelajarnya tertinggal di asrama. Lantaran itu, pelajar berkenaan dimarahi anggota tersebut. Pengguna Twitter yang merupakan alumni universiti berkenaan mengambil peluang itu untuk berpesan kepada pelajar universiti terbabit supaya menjaga diri kerana universiti tersebut telah mengeluarkan pekeliling yang mengatakan bahawa pelajar tidak perlu menunjukkan dokumen identiti diri dijika diminta di atas soal keselamatan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara polis bantuan itu. Hal ini kerana layanan yang diberikan sangat tidak etika dan ramai juga netizen yang mengatakan bahawa cara polis bantuan itu seakan-akan sikap yangs ering dipamerkan budak rempit. - CARI
|
KamikuP replied at 8-6-2022 10:32 AM
Mohon kelempok jadi guard pasti berbudi bahasa
_kelly replied at 8-6-2022 11:03 AM
student tu yang over..dah tau nak masuk kampus mmg sedia la kad matrix..ni dah tau salah siap rekod ...
aezvogue replied at 8-6-2022 02:04 PM
Betul..dah tau nak masuk kampus siap sedia la kad matriks ko..zaman viral ni sikit² nk record, su ...
aezvogue replied at 8-6-2022 02:04 PM
Betul..dah tau nak masuk kampus siap sedia la kad matriks ko..zaman viral ni sikit² nk record, su ...
KamikuP replied at 8-6-2022 10:32 AM
Mohon kelempok jadi guard pasti berbudi bahasa
ADVERTISEMENT