Tindakan seorang lelaki warga asing menceroboh ke landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah di sini mengakibatkan perjalanan sistem pengangkutan awam itu tergendala kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu disedari seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas di stesen LRT berkenaan kira-kira jam 2 petang. “Pengadu (anggota polis bantuan berkenaan) menahan suspek iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun selepas melihat dia menceroboh masuk ke landasan LRT tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mahu mengambil gambar di atas trek landasan berkenaan,” katanya kepada MalayaiaGazette semalam. Tambah Abd Khalid lagi, tindakan lelaki itu mengakibatkan sistem LRT terganggu dan terhenti selama lima minit. “Suspek itu kemudian telah ditahan semula oleh pihak polis untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 “Kita sudah tahan reman suspek berkenaan selama tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis,”tegasnya. Sumber: MalaysiaGazette |
Nenasketum replied at 7-6-2022 08:21 PM
Tak mninggal pulak electricuted?
ditahan semula oleh pihak polis untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63
Decaffeinated replied at 7-6-2022 11:13 PM
btw
stesen LRT tu memang lawa. Nasib baik Sean Connery dulu tak tau ada stesen ni
kakikuDibibirmu replied at 7-6-2022 11:26 PM
Entrapment tersenyum sinis
Decaffeinated replied at 7-6-2022 11:27 PM
eh... nak edit 'ter'delete plak
takperlah kak kaki dah quote
ADVERTISEMENT