CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Babitkan Agama Dan Akidah, Umat Islam Dinasihat Tidak Sertai Festival Bon Odori

7-6-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3284| Komen: 28

Umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.

“Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan soal agama serta akidah,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (Yapis), semalam. 


Kredit foto: FB Bon Odori Malaysia


Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penganjuran festival tahunan Bon Odori iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang dijangka diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam  (Panasonic).

Poster promosi penganjuran festival itu juga memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono dan ia mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu pendedahan loji penyembelihan di Australia, Idris berkata lelaki dikenali di media sosial sebagai ‘The Hood Man' (Abdullah) yang cuba dijejaki sebelum ini, telah dapat dihubungi dan semua maklumat yang diberi individu itu akan dijadikan bahan untuk tindakan seterusnya.  

“Setakat ini syarikat yang terlibat telah digantung dan kita harap beliau tidak apa-apa (selepas pendedahan tersebut). Kita bersyukur dan patut menerima pendedahan sebegitu. 

“Saya yakin di Australia tidak ada masalah bagi pendedahan sebegitu kerana negara itu mementingkan soal kepenggunaan,” katanya. 

Jakim sebelum ini cuba mengesan ‘The Hood Man' (Abdullah) bagi membantu siasatan terhadap loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa lelaki itu sebagai tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Jakim juga sudah menggantung operasi kira-kira 16 pusat loji sembelihan TFI Lobethal, Australia, sehingga hasil siasatan menyeluruh diperoleh.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 7-6-2022 01:46 PM
Edited by mbhcsf at 7-6-2022 01:47 PM

laaa...benda ni basic kan, ape ape yg berunsurkan agama lain kita pakai prinsip untuk kamu agama kamu  untukku agama ku, ..so.apa justifikasi pun kene lah muslim tu pertimbangkan back to basic aqidah dia lah , takkan tak leh fikir , nak letakkan Allah no 10 ke no. 1 nak pleasing sape? just sebab you nak rasionalkan sosial reason , it doesn't mean ALlAH tak tahu apa elemen yg seorang Muslim kene jauhi kan?

tu je.


ini yg penting halal food ni - i sampai ke saat ni , tertanya tang - bab mana tf TFI food ni dah langgari syarat syarat halal ni ...dari dulu sampai ke laa...dari tatacara sembelihan ke  atau ape ye?
Quote Tinot7 7-6-2022 02:53 PM
amender alah bon odori nih? dolu2 deme sambut kat mesia jugak ke?
Quote Cokoro 7-6-2022 03:01 PM
Bukan tiap tahun ada ke. Entahlah tk pernh join cuma tgk kwn2 post. Apa yg keagamaan tu, xde penjelasan plk
Quote Lagubestbest 7-6-2022 03:58 PM
Edited by Lagubestbest at 7-6-2022 04:11 PM
mbhcsf replied at 7-6-2022 01:46 PM
laaa...benda ni basic kan, ape ape yg berunsurkan agama lain kita pakai prinsip untuk kamu agama kam ...

arrr taktau la bab2 gini, tapi orang islam takleh makan makanan yang dipersembahkan bawah patung auto jadi haram makanan tu biarpun makanan tu asalnya halal je. Ni kalau hidang makanan untuk keraian niat makan bersama roh nenek moyang.. ntahla hukumnya camna.. tapi yang pasti majlis2 haram memang setan join berkumpul berpesta sama.. apatah lagi kalau dah memang itu tujuannya.
Quote kam3n 7-6-2022 04:07 PM
Tinot7 replied at 7-6-2022 02:53 PM
amender alah bon odori nih? dolu2 deme sambut kat mesia jugak ke?

Dah lama ada setiap tahun. Berbelas tahun dulu pernah pergi, tapi tak join menari tu. Duduk lepak2 tengok orang aje.
Quote TomyamPuteh 7-6-2022 04:08 PM
@udori tersenyum sinis.
Quote sharlenetexas 7-6-2022 04:12 PM
Org melayu gigih sambut halloween. Tapi takde pulak sambut perayaan hantu cina. Lebih kurang gak la sambut roh hantu tok nebek


Quote kam3n 7-6-2022 04:17 PM
sharlenetexas replied at 7-6-2022 04:12 PM
Org melayu gigih sambut halloween. Tapi takde pulak sambut perayaan hantu cina. Lebih kurang gak la  ...

Daripada sambut halloween tu baik sambut dia de los muertos baru ceria sikit
Quote bulalof 7-6-2022 04:43 PM
budak2 berhija jd target market dorang sebab kebanyakkanya x berakal sgt. tgk gaya minat k-pop pun dah rupa hilang akal.

semoga pemakaian tudung di Malaya ni bukan sebab fesyen ikutan....
Quote Tinot7 7-6-2022 06:43 PM
kam3n replied at 7-6-2022 04:07 PM
Dah lama ada setiap tahun. Berbelas tahun dulu pernah pergi, tapi tak join menari tu. Duduk lepak2 ...

ni kali pertama iols dgr ada bon odori kat mesia.. tmpt2 yg iols pi takde menda2 mcm nih..
Quote kam3n 7-6-2022 07:02 PM
Tinot7 replied at 7-6-2022 06:43 PM
ni kali pertama iols dgr ada bon odori kat mesia.. tmpt2 yg iols pi takde menda2 mcm nih..

Dulu2 masa zaman smartphone pun belum wujud memang di kalangan orang jepun, pelajar bahasa jepun, peminat jpop jdrama anime manga aje yang tahu & rajin pergi. Dah zaman medsos ni baru ramai bising2
Quote MissYouSayang 7-6-2022 07:07 PM
Lama dah x dgr  ayat Jarum2 halus dap dr mulut lobai
Quote gigahertz 7-6-2022 08:54 PM
sharlenetexas: Org melayu gigih sambut halloween. Tapi takde pulak sambut perayaan hantu cina. Lebih kurang gak la sambut roh hantu tok nebek
u tunggu vulan ogos ni pintu neraka di buka dioarng ada tarian bogel atas pentas speaker sekuat hati. nasib x baik  jiran sebelah rumah ada la minum minum carlsberg sikit

Quote Normabaru 7-6-2022 09:38 PM
sharlenetexas replied at 7-6-2022 06:12 PM
Org melayu gigih sambut halloween. Tapi takde pulak sambut perayaan hantu cina. Lebih kurang gak la  ...

Kan..mentang2 yg ni xfofulerrr...
Yang Halloween tu xde plak beriya nk sound..dabel stended tol
Quote QueenIsolde 7-6-2022 09:41 PM
Pelik la org Islam skang, mmg gatal b****t sgt nak ikut upacara keagamaan org lain. Aku tgok masa hari maulidur rasul, israk mikraj takde pulak yg berlumba2 nak sambut or ngepost kt media sosial.
       Gigih sungguh nak normalisasikan sekularisme. Sat gi dh boleh jdi macam indon, semua agama sama.
Quote Skuau 7-6-2022 10:11 PM
sharlenetexas replied at 7-6-2022 04:12 PM
Org melayu gigih sambut halloween. Tapi takde pulak sambut perayaan hantu cina. Lebih kurang gak la  ...

1st time dgr hantu tok nebek..hantu ni mai mana???
Quote gekkou 7-6-2022 11:33 PM
bukan kah bon odori ni memang saban tahun ada dirayakan di malaysia
kecuali masa PKP
zaman meols belajar kat penang berbelas tahun dulu
dah ada event ni besar2an
gadis2 dan wanita2 sewa kimono lagi nk join this festival
and baru first time jua meols membaca komentar mengenai sambutan ini
Quote Tinot7 8-6-2022 06:36 AM
kam3n replied at 7-6-2022 07:02 PM
Dulu2 masa zaman smartphone pun belum wujud memang di kalangan orang jepun, pelajar bahasa jepun,  ...

Iols minat manga anime.. tau setiap tahun ada perjumpaan cosplay ramai2 anime manga ni.. iols pernah pi jugakk yg kat KLCC dolu2.. tapi iols tak pakai baju anime la.. takat tgk org lain cosplay jahh..

Hat bon odori ni mmg iols tak pernah dgr org melayu sambut kat mesia.. ingatkan kat jepon jahh deme dok sambut ni.. dan ingatkan org2 jepon jahh yg sambut..
Quote Tinot7 8-6-2022 06:38 AM
gigahertz replied at 7-6-2022 08:54 PM
u tunggu vulan ogos ni pintu neraka di buka dioarng ada tarian bogel atas pentas speaker sekuat hat ...

Jaman dolu2 deme buat lakonan bangsawan kat pentas utk hantu tgk.. jaman now, utk manusia yg masih hidup untuk enjoy..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.148897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top