CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasil 13 Tahun Mengemis, Duit Simpanan Pengemis Cecah Hampir RM150 Ribu

7-6-2022 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 993| Komen: 2

Jakarta: Seorang pengemis di Indonesia didakwa memiliki wang simpanan mencecah 490 juta rupiah (RM149,069).

Tribunnews melaporkan kisah itu tular dan menjadi bualan netizen di laman sosial selepas gambar dua buku simpanan Bank Mandiri dan Bank Sulutgo miliknya tersebar.


Pengemis berkenaan bernama Lutfi Haryono berusia 47 tahun yang menetap di bandar Gorontolo.


Foto: Tribunnews

Susulan kisah tular itu, Lufti dipanggil polis untuk memberi keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontalo pada 2 Jun lalu.

Jurucakap polis, Bripka Romi berkata, dalam keterangannya, Lutfi mengaku wang simpanan dalam kedua-dua bank itu adalah miliknya.

"Menurut Lutfi, dia suka memaksa penduduk untuk mendapatkan wang.

"Soal siasat dilakukan juga mendapati Lutfi sudah mengemis lebih 13 tahun iaitu selepas berpisah dengan isterinya.

"Lutfi menggunakan wang hasil mengemis untuk keperluan peribadi seperti membina rumah," katanya.

Menurutnya, Lutfi mengaku, wang itu bukan sepenuhnya hasil mengemis kerana pernah bekerja di sebuah kedai makan.

Lutfi juga berhasrat untuk berhenti mengemis dan akan berniaga di warung serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 7-6-2022 01:26 PM
Kalau paksa, dah kira peras ugut
Quote mojarean_X 7-6-2022 01:37 PM
Kalo sihat tubuh badan, watpelah nk mengemis

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.034747 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top