CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Penipu, Cari Mangsa Di Genting Highlands- Dakwa Isteri Hilang Beg Tangan, Nak Makan Tak Ada Duit

7-6-2022 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1067| Komen: 5

PETALING JAYA – Kes penipuan di negara ini semakin menjadi-jadi dan dapat dilihat golongan ‘penipu’ lebih berani bertindak secara terang-terangan demi keuntungan diri sendiri.


Situasi itu sama seperti rakaman yang dimuat naik pengguna media sosial, Huda Nadiah yang memaparkan gelagat pasangan warga asing dilihat menipu pengunjung di sebuah pusat beli belah di Pahang.

Menurut Huda, dia mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mudah mempercayai individu tersebut dan pelbagai alasan sama yang akan digunakan mereka berdua untuk meraih simpati.



“Kalau nampak orang macam ini yang mengaku dirinya dari Pakistan, beg tangan isteri hilang, nak makan tak ada duit, jangan dilayan.


“Sebab aku dengan keluarga aku dah kena, mereka berdua ini ada dua kumpulan yang sama macam dalam video ini, pakaian pun sama sahaja, ayat mereka cakap pun sama, mujur cepat sedar dengan tipu helah mereka, hati-hati semua,” pesannya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ada juga pengguna lain turut berkongsi pengalaman sama bertemu dengan individu terbabit.

“Saya pun pernah jumpa mereka dekat pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur dua hari sebelum raya, memang alasan sama dia bagi macam pengguna ini kongsikan, hati-hati semua, tahu orang Malaysia semua baik hati, tapi jangan untungkan mereka yang ‘kaki penipu’,” kongsi Raiisaa.

“Minggu lepas aku jumpat dekat Shah Alam, memang dia sasar pengunjung pusat beli-belah rasanya, bahaya, tolong tangkap mereka,” kata She pula. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 7-6-2022 01:26 PM
Dah ustad cakap tipu atau tidak yg sedekah masuk syurga.

melayu pulak kata tak percaya masuk neraka
Quote mizruncing 7-6-2022 02:57 PM
klu aku mmg tak laa nk kesian kt puak2 cenggini
Quote Tinot7 7-6-2022 03:03 PM
takde pihak penguatkuasa ka yg voley pantau/tangkap deme supaya tak berleluasa kat mesia?
Quote Artemesiaa 7-6-2022 03:06 PM
Sebab mereka tahu orang sini mudah kesihan jadi ramai ambil kesempatan
Quote Skuau 7-6-2022 03:09 PM
"Sini malesia..kita asing worang tada takut la..mau buat apa...malesia sini worang BANYAK bodoh"-asing worang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038189 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top