CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Simpan Mayat Bayi Usia 6 Bulan Dalam Bekas Tupperware

7-6-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 725| Komen: 0

SULAWESI: Penduduk di Kota Makassar dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia enam bulan yang dibungkus dalam bekas makanan jenama Tupperware di sebuah bilik asrama. 


Lapor Kompas.com, pihak polis berusaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah meninggalkan Makassar. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Biringkanaya, Nurman Matasa berkata, mayat bayi itu ditemukan oleh seorang pekerja yang sedang mencuci bilik sewa yang dihuni wanita itu sejak tahun lalu. 

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, katanya wanita itu pulang ke kampung halamannya sejak tiga bulan lalu disebabkan ibu bapanya sakit. 

“Masa itu, saksi sedang membersihkan bilik tersebut kerana orang lain masuk ke bilik itu. 

“Kemudian dia terjumpa kotak kadbod dengan bau sangat busuk. Pekerja itu terkejut apabila mendapati bayi berada di dalam bekas itu,” katanya. 

Nurman berkata, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut. -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068441 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top