CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh, Kerat Ibu 15: Suspek Pendiam Tapi Pernah Bunuh Kucing Masuk Rumah

7-6-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1698| Komen: 12

PARIT BUNTAR: Suspek lelaki yang membunuh dan mengerat 15 ibunya berperwatakan serius dan sering mengutip dan mengumpul barangan terpakai di perkarangan rumahnya di Taman Kerian, di sini.


Menurut jiran yang enggan dikenali, beberapa tahun lalu beliau terkejut apabila menyaksikan suspek bertindak membunuh seekor kucing yang masuk ke perkarangan rumahnya menggunakan sebilah pisau.


Foto: Berita Harian

"Dia (suspek) jenis yang pendiam, serius dan tidak bercampur dengan masyarakat.

"Kami terkesan dan trauma apabila mengetahui suspek tergamak bertindak sedemikian pada ibunya.


"Malah, sepanjang tempoh seminggu ini, kami langsung tidak mendengar sebarang bunyi apa-apa sama ada ketukan atau jeritan seperti kebiasan daripada rumah suspek sehinggalah ketibaan pihak polis semalam," katanya.

Menurut jiran itu lagi, kebiasaannya mereka sering terdengar suara mangsa yang bernyanyi dan menjerit namun suasana itu bertukar suram apabila kelibat mangsa tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

"Biasanya kami selalu dengar suara 'auntie' (mangsa) menyanyi dan kadangkala menjerit, namun sejak beberapa hari lalu, kelibatnya tidak kelihatan.

"Sehinggalah petang semalam apabila kelihatan sepasukan anggota polis mengerumuni kediaman mangsa dan barulah kami tahu kehilangannya akibat dibunuh oleh anaknya sendiri," katanya ditemui media.

Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati keseluruhan rumah suspek dikelilingi pita polis manakala bahagian pintu belakang yang menempatkan tangki kumbahan, turut ditutup.

Selain itu perkarangan rumah suspek juga kelihatan tidak terurus dengan pelbagai barangan lusuh yang dikumpulnya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 7-6-2022 12:43 PM
Urgghhh. Murung terus bila baca berita ni.
Ciri2 tu mmg dah ada lah tu kalau start bunuh haiwan2 kecik
Quote mizruncing 7-6-2022 03:00 PM
tgk rumah pn tak terurus gitu.. tp kesian plak bila imagine. mcm mana la perasaan mak dia masa nk kena tetak tu
Quote Artemesiaa 7-6-2022 03:18 PM
Dengan haiwan pun dah pernah dia buat apa tah lagi pada orang dah mental mana ada perasaan lagi
Quote musangbodoh 7-6-2022 05:45 PM
sampai sudah x tau bangsa ape....
Quote kakikuDibibirmu 7-6-2022 06:35 PM
Amenda ni?

54-3000-0 (1).jpg
Quote pooh~key 7-6-2022 08:03 PM
musangbodoh replied at 7-6-2022 05:45 PM
sampai sudah x tau bangsa ape....

Setakat akak baca ni, katanya cina sis.
Quote QueenIsolde 7-6-2022 10:03 PM
Maksudnya mmg suspek ada mental issue, hoarder ni salah satu ciri2 mental disorder.
Quote ellZack 7-6-2022 10:12 PM
musangbodoh replied at 7-6-2022 05:45 PM
sampai sudah x tau bangsa ape....


Non Muslim I rasa. Sebab ada satu suratkhabar Melayu tulis mendiang. I agak Chinese.
Quote anony-mous 7-6-2022 10:19 PM
Kan aku ckp dah org yg pernah bunuh haiwan ni mmg kena hukum gantung jah sbb mmg dlm diri dia ada ciri2 pembunuh. Bunuh haiwan mcm anjing, kucing, for sure mmg ada niat membunuh manusia.
Quote bakingsoda 7-6-2022 10:39 PM
anony-mous replied at 7-6-2022 10:19 PM
Kan aku ckp dah org yg pernah bunuh haiwan ni mmg kena hukum gantung jah sbb mmg dlm diri dia ada ci ...

kan kan kan, kaki mendera/membunuh haiwan = bakal pembunuh manusia. tunjuk/ajar la anak baling batu, racun anjing/kucing, groom sampai jadi pembunuh. kalau yg suka dera kucing buat baka utk jual yg tu ajar anak membesar jd pembunuh upahan. demi duit sanggup bunuh nyawa lain! ni SATU je contoh dr ramai pembunuh bersiri:
Ted Bundy was convicted of two murders though he was suspected of at least forty! Bundy used to watch as his own father tortured animals. Eventually, Bundy did the same.
Quote Decaffeinated 8-6-2022 12:15 AM
musangbodoh replied at 7-6-2022 05:45 PM
sampai sudah x tau bangsa ape....

banyakkan membaca.


Quote anony-mous 8-6-2022 01:07 AM
bakingsoda replied at 7-6-2022 10:39 PM
kan kan kan, kaki mendera/membunuh haiwan = bakal pembunuh manusia. tunjuk/ajar la anak baling bat ...

Mcm iols lg sedih tgk binatang mcm kucing or anjing terseksa dari tgk manusia kena seksa. Manusia i rasa geli. Habis2 pon kesian. Tu pon kalau baby or org i kenal. Tp kucing kena seksa boleh meleleh2 ayaq mata. So imagine org yg boleh bunuh kucing or anjing tanpa perasaan , maksudnya dia boleh bunuh manusia anytime dia nk

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.050127 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top