CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gila 'Likes'- Remaja Mati Digilis Sebab Sahut Cabaran 'Sergah Lori'

7-6-2022 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2310| Komen: 18

JAKARTA – Trend baharu yang tular di media sosial Indonesia dikecam kerana mendorong sebilangan remaja melakukan aksi berbahaya dengan melompat di hadapan lori yang sedang bergerak  sehingga mengakibatkan kematian.


Menurut  portal berita Coconuts, beberapa rakaman video memaparkan remaja melakukan aksi berbahaya itu menjadi tular, malah ada antara mereka yang maut  dilanggar lori.

Satu kejadian yang berlaku minggu lalu menyaksikan seorang remaja berusia 18 tahun dari Tangerang, wilayah Banten mati selepas melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju.


Foto: Coconuts

Berdasarkan klip video yang dirakam bagi tujuan kandungan tersebut, mangsa bersama dua rakannya dilihat berdiri di hadapan sebatang jalan sambil menanti sebuah lori menuju ke arah mereka.

Sejurus lori itu berada hampir dengan mereka, ketiga-tiga remaja itu cuba mengelak, namun malang bagi mangsa kerana dia gagal melakukan demikian.

Dia dilaporkan mati di tempat kejadian akibat dirempuh dan digilis lori tersebut.

Pemandu lori dilaporkan ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, di Bandung, satu lagi kejadian serupa berlaku, di mana dua remaja lelaki dilihat melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju di sebatang jalan di bandar tersebut.

Seorang daripada mereka berjaya mengelak daripada dilanggar namun rakannya berusia 14 tahun dilanggar lori tersebut.

Polis berkata, kemalangan itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak selain giginya turut patah. Dia masih dirawat di hospital, kata polis. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 7-6-2022 10:50 AM
x pasal pemandu lori dipersalahkan,
org lain punye hal pemandu lori yg susah
Quote che-cikL 7-6-2022 10:52 AM
Nak kata mati katak, katak pun tak sebodoh budak2 ni.
Kurang 2 budak bodoh atas dunia ni.
Quote mamajawie 7-6-2022 11:17 AM
si instafemes babiair bila lagi?
Quote zarulnazmi 7-6-2022 11:28 AM
Pemandu lori dilaporkan ditahan untuk membantu siasatan.

Cuba bayangkan keluar rumah nak cari rezeki tapi tak ada angin tak ada ribut ada orang buat perangai bodoh waktu kau dalam perjalanan buat kerja. Kerja kau tergendala. Tak pernah ada rekod tiba-tiba semua info kau kena rekod oleh pihak berkuasa. Tu belum tahu lagi macam mana perangai majikan. Silap-silap belum lagi dibuktikan bersalah kau dah dibuang kerja tapi gaji atas hasil kerja kau sebelum ni langsung tak dapat.

Quote pekanwoohoo 7-6-2022 11:30 AM
mamajawie replied at 7-6-2022 11:17 AM
si instafemes babiair bila lagi?

Semoga dia dapat inspirasi ni untuk content terbaru dia
Quote matchstick 7-6-2022 11:32 AM
Kurang sikit org bodoh dlm dunia ni..cuma simpati ke drebar lori tu je lah..
Quote ezacbee 7-6-2022 12:07 PM
Tak pasal2 pemandu lori ditahan. Cian.
Quote Jennyrol 7-6-2022 12:16 PM
Nk ckp bodoh.. Dah mati dah pon.. Sia2 je hidup buat content bkn2
Quote dodolgemok 7-6-2022 12:19 PM
Cash lo! Hadap sgat nak viral dgan benda2 bodoh sebegini, nature is healing kekdannya
Quote 3chanceno 7-6-2022 12:21 PM
Kesian pemandu lori, tak memasal terkejut & hilang mata pencarian.
Quote Artemesiaa 7-6-2022 12:21 PM
Benar2 menyusahkan orang lain tak pasal2 jadi mangsa keadaan
Quote namieamuro 7-6-2022 12:24 PM
owh. sendiri carik maut.
so takde ke org malaysia nk sambut cabaran ni? kurg sikit org2 batak perhatian dlm msia.
Quote Skuau 7-6-2022 12:28 PM
makanya lama lg kalian akn dipanggil indon...kerna kebengongannya seperti itu...
Quote imanjannah 7-6-2022 12:38 PM
sian pemandu lori
Quote mamajawie 7-6-2022 12:44 PM
pekanwoohoo replied at 7-6-2022 11:30 AM
Semoga dia dapat inspirasi ni untuk content terbaru dia

kalau jadi alamatnya kurang insan bodoh menyemak kat dunia ni..aman rasa..ehehhehe

Quote Carcosa 7-6-2022 12:46 PM
Bagusnya dah mampos sorang manusia bodoh dlm dunia ni
Quote buapakperut 7-6-2022 02:03 PM
Haha good riddance
Quote cikatilia 7-6-2022 02:53 PM
rasain lho...
femes terus

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040247 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top