Beberapa minggu yang lalu, Caprice telah mendedahkan dugaan yang terpaksa harungi olehnya di awal perkahwinan apabila isterinya dikatakan terkena sihir. Namun tidak lama selepas isu itu didedahkan, timbul pula isu apabila netizen telah mempersoalkan sama ada sihir yang dialami oleh isterinya iaitu Farra Inalis itu betul atau tidak apabila Farra kelihatan sering berjoget sakan di akaun Tiktoknya.
Hal ini telah menyebabkan netizen telah mempersoalkan kesahihan isterinya disihir. Oleh itu, Farra telah tampil untuk menjawab persoalan netizen di akaun media sosialnya. Menurut Farra, sejak isu sihir itu didedahkan oleh suaminya, Farra telah menerima terima banyak mesej-mesej yang positif untuk terus kuat. Namun, ramai juga yang mempertikaikan 'sakit' itu dan Farra telah menjelaskan bahawa dia masih tidak mampu untuk mendedahkan perkara itu kepada umum. Tambah Farra, netizen tidak boleh mempersoalkan setiap perkara. Walaupun disihir, Farra memilih untuk menjalani hidupnya secara normal. Dia tidak mahu perkara ini menjadi penghalang untuknya kerana dia tidak suka hidup dalam keadaan negatif. Sama-sama kita mendoakan supaya Farra dan Caprice dapat menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin dan dapat menjalani hidup yang normal dan bahagia. -CARI
|
prince_marhaen replied at 7-6-2022 09:59 AM
laki acah-acah menjual agama, buat apps agama, berjuang untuk agama, hujung-hujung cari bini macam g ...
QueenIsolde replied at 7-6-2022 10:52 AM
Tp bini dia mmg hot kan, tubuh halusss je putih mulus, jumpa last 2 weeks.
ADVERTISEMENT