CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Payah Propose Nak Jadikan Bini Kedua...," - Joy Revfa Tak Minat Berkongsi Kasih

7-6-2022 09:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2481| Komen: 4|Original author: Tatod


Sering dilamar untuk menjadi isteri kedua, usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Joy Revfa sama sekali tidak berminat untuk berkongsi kasih dengan mana-mana wanita walaupun dia berstatus ibu tunggal.

Menerusi Instagram, pemilik nama sebenar Siti Arifah Amin berkata dia bukanlah individu yang suka merampas kebahagiaan orang lain apatah lagi menjadi orang ketiga yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga pasangan suami isteri.


"Tak payah risau. Saya tak akan ganggu suami, tunang, boyfriend orang. Tak suka berebut atau kongsi-kongsi ni. Sesiapa yang rapat dengan saya, kenal saya macam mana.

"Kawan-kawan saya kebanyakannya 80 peratus semua suami orang tapi isteri-isteri mereka semua tahu saya ni jenis yang tak akan rampas atau menggedik atau goda suami orang," coretnya.


Kata Joy, ibunya juga selalu menasihati dan mengingatkannya agar tidak mengganggu mahligai bahagia pasangan lain. Oleh itu, sesiapa yang berniat untuk menjadikannya sebagai isteri kedua melupakan sahaja hasrat mereka.

"Tak payahlah nak propose nak jadikan saya bini kedua, ketiga, keempat atau kelima. Ibu pun selalu pesan, jangan ganggu rumahtangga orang lain.

"Daripada prning kepala berebut. Lebih baik pilih yang single dan tak bermasalah," tulisnya.


Sekadar rekod, Joy pernah berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak berpanjangan dan disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Terdahulu, Joy pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-6-2022 10:32 AM
jantan nak kat kau pun sebab ingat betul2 cantik.... hujung-hujung bedak berdebu jugak satu muka, macam order shopee china, barang order lain, sampai lain... hahahahaha... berangan dan berhalusinasi lah kau sana joy rempah oi...
Quote Zaien 7-6-2022 05:13 PM
prince_marhaen replied at 7-6-2022 10:32 AM
jantan nak kat kau pun sebab ingat betul2 cantik.... hujung-hujung bedak berdebu jugak satu muka, ma ...

bila ig IG wowww.. IRL haukk hahahahah
Quote anony-mous 7-6-2022 08:27 PM
Tp yg kahwin dato laki 1st tu laki org kan? Dia ni nmpk mcm ok jah klau tgk penulisan on socmed. Kurang2 kan lah filter gmbo sbb IRL jauh beza
Quote Markonah_7 13-1-2023 09:05 PM
Filter wajib acik ni sorang

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.071133 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top