CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dijerut Suami Pura-pura Dirasuk Hantu Lepas Minta Cerai

6-6-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1165| Komen: 1

Seorang lelaki berpura-pura dirasuk semasa cuba menjerut leher isterinya menggunakan seutas tali kerana berang wanita itu meminta cerai, lapor laman Sukabumiupdate, semalam.


Suspek bernama S dari Sukabumi, Jawa Barat itu dilaporkan naik angin selepas isterinya, SS, meminta cerai.

Menurut SS, sikap suspek yang terlampau cemburu buta membuatkan dia tidak tahan untuk terus hidup bersama.


Kredit foto: Istimewa

Ketua Polis Sukabumi, Asisten Komisioner Dedy Darmawansyah mengesahkan motif penjenayah cuba menjerut isterinya adalah kerana tidak menerima permohonan cerai wanita itu.


“Ketika itu berlaku perbualan antara suspek dan mangsa. Tiba-tiba suspek menutup pintu rumah dan menguncinya sambil mengambil seutas tali lalu menghampiri mangsa dan cuba mencekik leher mangsa menggunakan tali tersebut.

“Mangsa ketika itu cuba menahan tindakan pelaku menggunakan kedua-dua belah tangan, namun suspek mengheret mangsa ke tengah rumah.

“Dia kemudian menghentikan perbuatannya dan berpura-pura tidak sedarkan diri seperti dirasuk agar mengsa menganggap perbuatan tersebut dilakukan secara tidak sedar,” jelas Dedy.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kesan lebam pada kelopak mata kiri dan kanan serta lebam pada lutut kaki kiri.

S didakwa dengan Perkara 351 Kanun Jenayah mengenai Penganiayaan dan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 6-6-2022 03:09 PM
Bijak. Kalau mati, claim gile.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.288117 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top