"Sekitar tahun 80-an saya sudah rasa pengalaman sebegitu." Ramlah Ram mendedahkan dia tidak terlepas menjadi mangsa gangguan peminat yang kadang-kala keterlaluan dan berbaur lucah.
Penyanyi berusia 57 tahun itu berkata, menerima kiriman gambar lucah bukan sesuatu yang baharu berikutan dia pernah berhadapan perkara sama melalui kiriman surat peminat ketika zaman kegemilangannya. “Perkara ini terjadi sejak zaman dahulu lagi. Zaman dahulu lebih teruk kerana mereka menghantar surat. Macam-macam benda yang dihantar.
“Sekarang ini di media sosial saya jarang buka jika terima direct messegge (DM) dari orang tidak dikenali atau apabila saya rasakan sesuatu yang tidak elok. Bagaimanapun ada ketika terbuka juga. Ada yang hantar kata-kata lucah dan gambar yang tidak senonoh. “Bagi saya mereka yang melakukan perbuatan seperti itu ada masalah mental,” katanya kepada mStar. Ramlah bagaimanapun tidak terlalu ambil serius hal tersebut dan enggan memperbesarkan perkara itu di media sosial. Sementara itu, penyanyi lagu Diam Diam Jatuh Cinta ini turut memberitahu dia lebih berhati-hati menjaga privasi kerana bimbang diganggu individu yang boleh mengancam keselamatan dirinya. “Rasanya tidak perlu layan dengan orang yang kerap hantar pesanan lucah di media sosial ini. Mereka hanya mahukan perhatian dan kalau saya dedahkan sekalipun masih ada lagi yang akan buat benda sama. “Bahaya zaman dahulu dan sekarang berbeza. Ketika awal pembabitan dalam dunia seni, saya pernah rasa takut untuk pulang ke rumah selepas membuat show kerana bimbang ada orang akan ikut. “Jadi sekarang ini saya lebih menjaga privasi dan tidak terlalu mendedahkan di mana saya berada. Pengalaman dahulu membuatkan saya lebih berhati-hati,” ujarnya. Sumber: mStar
|
kiah_mai_pulak replied at 6-6-2022 08:38 AM
ada lagi ke yg nk hntar gmbr lucah kat kau acik melahh oii?!? perasaannn nya
KamikuP replied at 7-6-2022 10:53 AM
Dulu sapa je yg skandal ngan acik Melah ni.. Rahim Maarof dan juga Azmeer to name a few
trivia : ma ...
KamikuP replied at 7-6-2022 10:53 AM
Dulu sapa je yg skandal ngan acik Melah ni.. Rahim Maarof dan juga Azmeer to name a few
trivia : ma ...
BarbiePink replied at 7-6-2022 05:58 AM
Ler tu ke sebabnya chouls?
Sheols pernah bercinta gan azmer gak ke?
ADVERTISEMENT