CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicerai Kerana Tahu Masak Maggi Saja

6-6-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1269| Komen: 14

Seorang lelaki di India memfailkan penceraian terhadap isterinya kerana wanita itu hanya tahu memasak mi segera untuk dimakan ketika sarapan, tengah hari dan makan malam.


Lapor The New Indian Express, hakim mahkamah daerah, ML Raghunath mengesahkan kes penceraian membabitkan pasangan suami isteri itu muncul ketika dia bertugas di Ballari, Karnataka.


Gambar hiasan/Reuters

“Si suami mengadu isterinya tidak pandai memasak makanan selain mi Maggi (jenama mi segera).

“Wanita itu menyediakan mi segera untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.


“Suaminya juga mengeluh isterinya pergi ke kedai hanya untuk membeli mi segera,” katanya.

Raghunath menggelar kes berkenaan sebagai `kes Maggi’.

Katanya, pasangan suami isteri itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Sementara itu, Raghunath turut mendedahkan kes pasangan suami isteri lain yang memfailkan penceraian disebabkan isu yang kecil.

Antaranya adalah tidak bercakap antara satu sama lain, meletakkan garam pada bahagian salah di atas pinggan, warna sut perkahwinan yang salah dan tidak membawa isteri keluar.

Pasangan suami isteri demikian biasanya memfailkan penceraian sehari selepas perkahwinan mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-6-2022 04:48 PM
@uori dengan @Tinot7 tersenyum sinis
Quote ultra78 6-6-2022 05:48 PM
Patut tukar la resipi. Maggi goreng mamak ke.
Quote mojarean_X 6-6-2022 05:52 PM
Maggi kt India sedap ke?
Quote stingergrumpy 6-6-2022 06:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 6-6-2022 04:48 PM
@uori dengan @Tinot7 tersenyum sinis


Now kita tahu napa si TONOT....macam siput babs langkah jodohnya kheunz?

Kahkahkahkahkahkahkahkahkab
Quote sukacactus 6-6-2022 06:03 PM
Maggi tu mcm2 boleh buat
Buat lasagna, buat murtabak
Ni ko xkreatif lgsg + pemalas
Kan dah kena cerai
Quote stingergrumpy 6-6-2022 06:04 PM
sukacactus replied at 6-6-2022 06:03 PM
Maggi tu mcm2 boleh buat
Buat lasagna, buat murtabak
Ni ko xkreatif lgsg + pemalas

Ko kreatif fusion macam mana pun tetap MAGGIE...

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 6-6-2022 06:07 PM
Kalau macam makadekz  sudip dgn kuali pun tak pernah pegang...adik beradik kena asap kangkang kena sediakheun makan utknya sejeluarga everyday...korang rasa kenapa jodohnya masih panjang?

Yessszzzaa you all are right....mentera wapnya mengena.....


Kahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 6-6-2022 06:11 PM
Edited by stingergrumpy at 6-6-2022 06:13 PM

Kalau macam normahbahru(tidak ada kaitan dgn nama nama disini) pulak mana silapnya?

Western cuisine, japanese, korean, jawo, you name it....shw has it in her...tapi napa kena talak jua?

Yeszzzzaaa you are all right...mulut makjujatnya.....


Kahkahkahkahkahkahkah

Quote dani-rox 6-6-2022 06:17 PM
plot twist: bini sebenarnya pandai masak tp saja jah masak maggi hari2, sama ada nak soh laki dia cerai sbb fedap atau cepat mati. ai syak perkahwinan dia org dijodohkan oleh org tua
Quote kakikuDibibirmu 6-6-2022 07:50 PM
ultra78 replied at 6-6-2022 05:48 PM
Patut tukar la resipi. Maggi goreng mamak ke.

Akak tak suka goreng mamak, kering sangat
Quote Tinot7 6-6-2022 10:36 PM

megi jenama india tak sedap bg iols.
megi deme bkn jenis sup mcm megi mesia. megi deme jenis kering..
Quote Tinot7 6-6-2022 10:37 PM
kakikuDibibirmu replied at 6-6-2022 04:48 PM
@uori dengan @Tinot7 tersenyum sinis

kaka kaki tere masak ka?
Quote kakikuDibibirmu 6-6-2022 11:35 PM
Tinot7 replied at 6-6-2022 10:37 PM
kaka kaki tere masak ka?

Titerwww terer makan jah

Memasak? Nehi kabhi-kabhi-kabhi nehi!
Quote Tinot7 6-6-2022 11:39 PM
kakikuDibibirmu replied at 6-6-2022 11:35 PM
Titerwww terer makan jah

Memasak? Nehi kabhi-kabhi-kabhi nehi! {:mll ...

sama la kita.. itupun iols tak tere sgt mkn...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.312586 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top