Seorang TikToker merakam aksi dirinya melekatkan tatu atau pelekat tidak kekal bercorak bunga mawar pada kucing peliharaannya dari baka Sphynx.
Bagaimanapun, video tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pencinta haiwan di ruangan komen di mana mereka membangkitkan isu berkemungkinan pelekat tersebut membahayakan kucingnya. Walaupun kelihatan menarik, tetapi sesetengah pencinta haiwan merasakan tindakan berkenaan tidak wajar dan ianya salah satu bentuk penderaan haiwan.
Mereka turut meluahkan kebimbangan jika kucing tersebut tertelan pelekat sewaktu menjilat bahagian yang ditampal pada badannya itu, lapor Daily Star. Doktor haiwan dan persatuan pencinta haiwan tidak mengesyorkan tindakan menampal tatu pada haiwan peliharaan walaupun bertujuan memudahkan pengecaman, apatah lagi untuk tujuan estetik. Malah, dakwat tatu ini mengandungi zarah pigmen yang bersifat kekal dalam kulit. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT