CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alat Sulit Terpotong Semasa Berkhatan, Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta

3-6-2022 08:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3893| Komen: 33

Ganti rugi wang ringgit tidak mampu menampung kerugian dialami seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu, demikian dinyatakan Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan saman mangsa.


Hakim Datuk Akhtar Tahir yang memerintahkan Kerajaan Malaysia dan empat yang lain membayar ganti rugi RM3.1 juta kepada mangsa dalam keputusan kes saman kecuaian pada 7 April lalu berkata, tiada ganti rugi dapat menggantikan aset paling berharga seorang lelaki dan kesengsaraan serta perasaan malu mangsa disebabkan 'kehilangan' itu.

Walaupun begitu, Akhtar berkata mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga untuk membantunya mendapatkan semula keyakinan bersosial seperti manusia normal yang lain.

Gambar Hiasan


Hakim itu melalui alasan penghakiman yang dikeluarkan 27 Mei lalu, berkata keterangan pakar menyatakan oleh kerana batang zakar masih ada, mangsa masih boleh melakukan hubungan kelamin, mengeluarkan air mani dan berpotensi mempunyai zuriat.

"Bagaimanapun keterangan saksi pakar secara keseluruhannya menunjukkan bahawa, mangsa tidak akan dapat menikmati hubungan kelamin itu.

"Ibu mangsa dalam keterangannya memberitahu, sejak kejadian itu yang berlaku ketika anaknya berusia 10 tahun, mangsa tidak lagi berinteraksi dengan orang lain dengan normal kerana tidak mempunyai keyakinan diri.

"Walaupun mangsa timbul keberanian untuk berkahwin, tiada mana-mana perempuan yang akan berkahwin dengannya sekiranya mengetahui keadaan yang dialami mangsa," katanya.

Saman itu difailkan pada 10 Julai 2018 oleh mangsa melalui ibunya ketika berusia 18 tahun terhadap Kerajaan Malaysia, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang, Pengarah Hospital, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor selaku defendan.

Pada 7 April lalu, mahkamah tinggi memerintahkan kesemua defendan membayar mangsa RM3.1 juta selepas membenarkan tuntutan saman kecuaian berkenaan.

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi khas RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi teladan RM500,000.

Insiden berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika mangsa berusia 10 tahun mengakibatkan keseluruhan kepala zakar mangsa terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi berada pada batang zakarnya.

Sementara itu, Akhtar berkata kelewatan Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan beberapa pegawai perubatan termasuk doktor pakar mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan kepala zakar yang terpotong menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

Beliau berkata, daripada bertindak untuk menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, defendan pertama yang juga pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis sebaliknya melakukan perkara remeh temeh.

Katanya, keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus tetapi memelihara kepala zakar terbabit.

Menurut hakim, kepala zakar hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 3-6-2022 08:34 PM
Kalau ikut kata pakar dah tk de nikmat kalo bersama. Tp pondan2 yg potong tu mcm mana pulak ye.. hopefully melalui teknologi boleh lah jumpa solution.
Quote asfaz 3-6-2022 08:38 PM
Kesiannya dia .
Quote Nham22 3-6-2022 09:49 PM
Hilang nikmat kelelakian die... Lelaki situla puncak kenikmatan deyolss..
Quote insulin 3-6-2022 10:02 PM
Maybe adik ni boleh cuba dapatkan rawatan pembedahan penis bionik.
Quote buapakperut 3-6-2022 10:15 PM
Wang berbilion pun tamampu gantikn yang telah pendek semakin pendek
Quote kaoru44 3-6-2022 11:38 PM
Cepatnya masa blalu..dh 22 umur dia..i ingt lg time baca brita ni dulu..
Quote Thunderclouds 4-6-2022 11:08 AM
Besar dh budak ni. Kesiannya lahai. Lama kes dia jalan.
Quote Nnoor2 4-6-2022 11:12 AM
Kejap...dia terpotong macam mana?..biasa khatan mungkin terpotong bahagian kepala jela kan..takkan la terpotong semua dari pangkal terus..

Jadi kalau bahagian kepala boleh hasilkan anak jugala kan..cuma cacat rupa sajalah kan...
Quote Nnoor2 4-6-2022 11:12 AM
Haaa...betulla..batang zakar masih ada...cuma kepala je terpotong..
Quote Nnoor2 4-6-2022 11:13 AM
Ni la bahana aku x baca habis....
Quote pekanwoohoo 4-6-2022 11:19 AM
Uish. Ni kalau hukum hudud macamana? Serius nak tahu.

Adakah pesalah pun boleh dikenakan hukuman potong kepala takok tu jugak?
Quote Decaffeinated 4-6-2022 12:09 PM
Minami2013 replied at 3-6-2022 08:34 PM
Kalau ikut kata pakar dah tk de nikmat kalo bersama. Tp pondan2 yg potong tu mcm mana pulak ye.. hop ...

Tak perlu tanya pakar, tanya dia sendiri lagi senang.
Kalau boleh melancap sampai inzal, makna boleh lah nak berjimak.

Quote Decaffeinated 4-6-2022 12:11 PM
Nham22 replied at 3-6-2022 09:49 PM
Hilang nikmat kelelakian die... Lelaki situla puncak kenikmatan deyolss..

Ko lelaki ka pompuan? Kepala tu titik gegeli, bukan puncak nikmat masa inzal.

Quote Nnoor2 4-6-2022 12:30 PM
Nham22 replied at 3-6-2022 09:49 PM
Hilang nikmat kelelakian die... Lelaki situla puncak kenikmatan deyolss..

Hehe..cane boleh tahu
Quote totokreturn. 4-6-2022 12:35 PM
kiranya kepala zakar dia takde la kan, memang susah nak penetrate kalo kepala zakar takde. Baru paham semua kejadian yg Allah swt bagi kepada kita ada fungsinya tersendiri walaupun kita tak nampak.
Quote dekmieDandy 4-6-2022 01:30 PM
ouu Malaysia ke, ingat ke luar negara
Quote musangbodoh 4-6-2022 02:35 PM
xde bukti gambar x nk percayalah........
Quote Jitu 4-6-2022 02:40 PM
rasa mcm baru lg baca
kesian kena mcm ni
Quote Normabaru 4-6-2022 05:11 PM
Ala ice cream dah tinggal Kon je

Kon tot

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.085913 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top