CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Tak Boleh Sepah, Anak Dilarang Main Alat Permainan- Suami Ceraikan Isteri Obses Kumpul Pengikut Media Sosial

3-6-2022 08:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5462| Komen: 40

WASHINGTON – Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya selepas wanita itu menjadi obses dengan kesempurnaan hidup yang ditayang dalam akaun media sosialnya, lapor laman Newsweek.


Menurut lelaki berusia 30-an itu, ‘kegilaan’ isterinya terhadap populariti media sosial semakin menjadi-jadi selepas kelahiran anak perempuan mereka yang membuatkan pengikutnya bertambah sebanyak 400,000 orang.

Bagi memastikan setiap sudut rakaman dalam rumah mereka kelihatan sempurna, lelaki itu dilarang mengubah suai apa-apa tanpa kebenaran isterinya.

Foto: Google

“Dia memuat naik kemas kini kehidupan kami ke laman sosial dan ia perlu kelihatan sempurna tanpa cacat cela.


“Selama bertahun-tahun perkara ini berterusan dan saya sudah tidak mampu bersabar. Saya seperti hidup dalam rakaman status Instagram atau muzium yang kaku dan tidak bernyawa,” tulisnya dalam pengakuan di Reddit.

Tambah lelaki itu lagi, anak perempuan mereka turut mendapat tempias sikap buruk ibunya apabila kanak-kanak itu hampir tidak mempunyai sebarang permainan.

Alasan yang diberikan adalah permainan akan merosakkan sudut pandang estetik rumah dan menyakitkan mata apabila disepahkan.

“Semua kemas kini isteri saya tentang kehidupan, rumah dan hubungan kami adalah palsu. Dia hanya kelihatan bahagia kerana ia bagus untuk meraih populariti.

“Namun selepas ini, dia boleh melakukan apa sahaja yang diingini tanpa menjadikan saya atau anak kami sebagai bahan hiasan,” ujar lelaki itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 3-6-2022 08:16 PM
Ber kahwin dengan socmed.... Sesuai lah kena cerai
Quote mojarean_X 3-6-2022 08:26 PM
Apa akaun social medianya? Nk jenguk jap
Quote surfin_net82 3-6-2022 09:05 PM
Elok keje Ikea je. Suka sgt konsep showhouse ????
Quote stingerumble5 3-6-2022 09:08 PM
Dwdrum replied at 3-6-2022 08:16 PM
Ber kahwin dengan socmed.... Sesuai lah kena cerai

Normahbaru.....

Kahkahkahkahkah
Quote sukacactus 3-6-2022 09:10 PM
Semoga ex wifenya berbahagia dgn rumah itu
Quote musangbodoh 4-6-2022 02:36 PM
pompuan always right katanye............
Quote anony-mous 5-6-2022 02:46 AM
Ramai org mcm ni skrg.
Quote imransulaiman 5-6-2022 12:55 PM
Kat ofis ada sorang macam ni...yang sikit-sikit upload. Meja dia sepah tau. Dia kemas untuk selfie je. Kadang dia datang meja orang untuk selfie atau bertiktok. Tapi maaf...muka dia tak lawa mana. Cuma keyakinan diri dia tinggi tembus langit ke7.
Quote ina_na 5-6-2022 01:04 PM
imransulaiman replied at 5-6-2022 12:55 PM
Kat ofis ada sorang macam ni...yang sikit-sikit upload. Meja dia sepah tau. Dia kemas untuk selfie j ...

Aku kene gak seorg kenalan mcm ni.. kat luar wangi bersih,nampak kotoran kat luar skt kumain geli..sekali p rumah ingat bersih nau..sekali tu dia.. lantai toilet berlendir, sinki berlumut..tobat dah nak percaya luaran wangi2 ni..
Quote green~tea 5-6-2022 01:18 PM
Edited by green~tea at 5-6-2022 01:21 PM

ada budak2 normal laa mainan bersepah berbakol2...

kitorang terpaksa laa dedicated toy room utk diorang sepahkan sesuka hati, asalkan ruang2 lain takde comot sgt... uish sakit dada lah budak2 ramai...
kenapa nak perfect sangat di soc med? tak berpijak di bumi nyata?
Quote green~tea 5-6-2022 01:20 PM
imransulaiman replied at 5-6-2022 12:55 PM
Kat ofis ada sorang macam ni...yang sikit-sikit upload. Meja dia sepah tau. Dia kemas untuk selfie j ...

kalo tak lawa buleh filter, edit
Quote imransulaiman 5-6-2022 05:37 PM
green~tea replied at 5-6-2022 01:20 PM
kalo tak lawa buleh filter, edit

Hahaha! Memang filter memanjang pun.
Quote addamnor 5-6-2022 09:40 PM
yang ini sesuai sangat kena cerai. living in fake life, then paksa laki dan anak nya join sama. mental
Quote Suchi 6-6-2022 07:03 AM
Edited by Suchi at 6-6-2022 07:14 AM

Iols pun suka umah kemas tapi iols tak tayang kat socmed.
Cukup utk pandangan mata iols je, lagipun tak salahkan jaga kebersihan. Ia mmg dituntut oleh agama.
Memang la ada peraturan tertentu yg maybe buat anak2 n suami tak selesa skit contoh semua orang hanya dibenarkan makan kat meja makan je takleh mkn kat sofa ke apa.Tapi bila dah terbiasa masing2 ok je dan faham.

Rasanya tak salah pun kalau disiplinkan anak2 camtu, sama gak bab contengkan dinding pun semua tu boleh diajar sejak kecik lg.
Bagitau berulang kali nak melukis atas kertas je.
Jangan selalu sebut “ala biasalah budak2..” sampaikan anak2 membuas dan buat sepah kat umah org pun rasa ok.
Padahal budak2 ni boleh dididik sejak dorang baby lagi semua ni,kalau mak pak pun jenis suka menyepah umah, makan pun sepah2 merata tempat sampai atas katil mana ala anak2 tak ikut gitu. Ibubapa adalah tauladan buat anak2.

Quote supernaturalee 6-6-2022 07:11 AM
Share la acc nye
Mcm gini artikel
Senang kje jd reputs
Ala2 berangan2 je pun


Quote Suchi 6-6-2022 07:36 AM
supernaturalee replied at 6-6-2022 07:11 AM
Share la acc nye
Mcm gini artikel
Senang kje jd reputs

Kan nak gak tau hehehe tp depa ni kira pembersih ke kalau kasut pun tak buka bila masuk umah
Quote ladybugz 6-6-2022 07:42 AM
i plak i suka rumah ni jd tempat yg paling safe utk i n suami n anak buat apa2 yg kami selesa n suka tp within limits n rules la. mcm bab toys tu sepahla apa2 masa bermain tu cuma lepas main u kena kemas balik. waktu main tu mmg i x kisah sgt. satu lg i xleh kalau main menda yg bukan mainan. pasu i ke pokok bunga i ke. mmg jerit satu rumah la.
Quote Buritan 6-6-2022 10:30 AM
sukacactus replied at 3-6-2022 09:10 PM
Semoga ex wifenya berbahagia dgn rumah itu

Mcm kwn aku.. anak dia akan kena totan kalo main mainan dan tak kemas balik.. ruang tamu lgsg tak leh usik.. ruang tamu dia letak kristalla.. anak terlanggo ngamukkk.. umo dua tahun ape yg direti..
Quote sukacactus 6-6-2022 01:06 PM
Buritan replied at 6-6-2022 10:30 AM
Mcm kwn aku.. anak dia akan kena totan kalo main mainan dan tak kemas balik.. ruang tamu lgsg tak  ...

Sian ank dia, kecik lg tu
Lebih satang ke barang dr ank
Aku dl masa ank kecik, rumah minimalis je
Skrg ank2 dah besar, lbh skit je dr minimalis

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.260317 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top