CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Lain Pergi Uji Bakat Tapi Sara Ali Tak Perlu

3-6-2022 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4296| Komen: 21

Sara Ali, meluahkan rasa gembira apabila hasratnya untuk terlibat dalam sebuah naskhah tempatan untuk genre aksi dan perang, akhirnya tercapai.

Menerusi pembabitannya dalam filem berjudul Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Sara atau nama sebenarnya, Siti Sarah Hairi Ali, mengaku tidak terlalu lama memberi kata setuju untuk membintangi filem itu selain tidak melalui uji bakat selepas membaca skrip yang dianggap sangat menarik.

Foto: IG


“Sebenarnya dari dulu lagi, saya pernah cakap pada diri sendiri yang satu hari nanti saya akan dapat filem aksi atau perang. Masa itu, tiba-tiba memang ada tawaran filem aksi datang.


“Tapi bila saya baca skrip tak menarik dan saya tak suka. Walaupun ramai kata saya akan rugi kalau tak terima tawaran filem yang dijangka akan meletup.



“Tapi saya percaya pada skrip, tak kisah orang nak cakap. Alhamdulilah, sebulan selepas itu saya dapat tawaran untuk filem Air Force. Tak perlu casting pun, tapi tawaran itu memang untuk saya.

“Selalunya kena lalui uji bakat tapi kali ini tidak. Saya diberi masa seminggu untuk baca skrip, kali pertama baca, terus saya suka,” kata Sara.

Selain Sara, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Scha Al Yahya dan ramai lagi.



Filem yang memaparkan kehebatan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada Ogos depan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga mengakui bukan mudah untuk membawa watak sebagai seorang wartawan.



“Dalam filem itu, saya memegang watak sebagai seorang wartawan yang lebih kepada laporan khas. Saya ada juga buat sedikit ulang kaji macam mana nak jadi wartawan.

“Macam seorang wartawan bercakap depan kamera. Bahasa Melayu yang mereka gunakan sangat teratur dan tersusun. Jadi, ia sangat mencabar untuk saya yang suka cakap tak teratur.



“Saya ada la tengok gaya pembaca berita dan cuba ikut gaya itu. Tapi hanya ada beberapa babak saja dapat main peranan sebagai wartawan,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-6-2022 05:28 PM
wowwww!!! menarikkk! Alhamdulillah takde kekrul kayuuu!!!
Quote ezacbee 3-6-2022 05:53 PM
prince_marhaen replied at 3-6-2022 05:28 PM
wowwww!!! menarikkk! Alhamdulillah takde kekrul kayuuu!!!

Sebab bukan arahan Adrian Teh, kalau tak kena hadap laa.. hero never rest
Quote namemysoul 3-6-2022 06:51 PM
Nmpk cam menarik nih....hehehehe
Quote AcikBuncit 3-6-2022 11:15 PM
Haha betull. Kalau produk teh, mesti ada kekrul.. Koserrr. Btw, citer ni nmpk cm gempak la.. Lamanya nk tgu ogos.. Mmg nk tgu sempena bulan merdeka ke
Quote uda 4-6-2022 11:49 AM
macam tiru movie top gun
Quote Normabaru 4-6-2022 07:03 PM
uda: macam tiru movie top gun


Itulaaa

Perlu ke air force the movie?tulis in BM xblh?
Quote stingergrumpy 4-6-2022 07:08 PM
Normabaru replied at 4-6-2022 07:03 PM
Itulaaa

Perlu ke air force the movie?tulis in BM xblh?

Modal filem..ex ko yg ceraikheun ko punya keww?

Tutup sikit ketidakmaluan ko iteww boleh keww?

Kahkahkahkahkah
Quote Rogue98 4-6-2022 07:16 PM
Dialogue kat trailer tak power...takde tarikan pelakon lah...next
Quote beta_carotene 4-6-2022 07:36 PM
gtewww fefeeling top gun
Quote abadi84 4-6-2022 08:36 PM
Baru ade mari nk tgk citer ni. No kekrul.
Quote dekmieDandy 4-6-2022 09:37 PM
nampak cantik dia dalam trailer tu, nampak cam zaman dia baru nak up dulu

ke cerita ni dah record lama giler
Quote anggeriklatifah 4-6-2022 09:38 PM
Sara Ali ni one pelakon berbakat yg malaysia ada..tapi nama cam tak naik sgt..so no wonder dia tak payah ujibakat..lagipun dia memg sejenis kasar2 gitu
Quote minahmanja 4-6-2022 09:47 PM
Tak brape suke sgt sara ni . Cara berckp mcm mono tone jek.. boring. Dlm aku histeria tak best langsung .
Quote alesandra 4-6-2022 11:30 PM
top gun tu navy bukan air force
Quote edoraixora 4-6-2022 11:53 PM
Untunglah dapat naik aset2 tudm...
Quote Minami2013 5-6-2022 12:15 AM
Cinematography nmpak menarik.. pelakon2 pun not bad. Tunggu org review dulu baru la decide nk tgk ke tk. Jgn buat marketing bodo dah ler
Quote Mulotkoyak 5-6-2022 01:31 PM
prince_marhaen: wowwww!!! menarikkk! Alhamduli ...
yesss finally xde si kerol herot tuh. Tp watak wartawan selalu sgt stereotype dlm action movie and superhero.
Quote Aikiko 6-6-2022 01:30 PM
Normabaru replied at 4-6-2022 07:03 PM
Itulaaa

Perlu ke air force the movie?tulis in BM xblh?

Kalau dibm kan sesuai tajuk apa je kaka??

Di awangan?? Mungkin
Quote Aikiko 6-6-2022 01:32 PM
Nak buat movie camni okay2 aje larik la kan drp stereotypes movie msia yg sblum2 ni, tapi pemilihan actors cam takde crowd fuller

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.097571 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top