CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da'i Syed Baru Kenal Kawan Sebenar Ketika Diuji Tuduhan Jenayah Seksual

3-6-2022 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4859| Komen: 54

Dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal dapat tidur dengan lena apabila dilepas dan dibebaskan (DNA) dari dua pertuduhan jenayah seksual.


Menganggap dirinya diuji, Syed Shah Iqmal atau dikenali sebagai Da’i Syed, turut memberitahu dia sudah pun memaafkan semua pihak yang melemparkan tohmahan kepadanya.

Da’i Syed Baru Kenal Kawan Sebenar Ketika Diuji Tuduhan Jenayah Seksual


"Alhamdulillah, yang paling penting saya rasa bersyukur... keluarga pun turut berasa lega. Akhirnya saya dapat tidur dengan lena.

"Sepanjang tempoh perbicaraan, saya tak pernah nak beri komen apa-apa sebab serahkan semuanya kepada mahkamah. Alhamdulillah, mahkamah sudah pun berikan keputusan.


"Bagi saya, Allah dah beri saya ujian dan saya dilepaskan. Saya pun sudah maafkan semua orang yang pernah lemparkan tohmahan dan cacian kepada saya dan keluarga," katanya kepada mStar.



Pada Selasa Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memutuskan bahawa Syed Shah Iqmal dilepas dan dibebaskan (DNA) atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.



Peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan.

Untuk rekod, Syed Shah Iqmal atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail berdepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

Dalam pada itu, Syed Shah Iqmal memberitahu banyak pengajaran dan hikmah di sebalik apa yang berlaku antaranya dia mengenali erti persahabatan dan menghargai masa.



"Banyak pengajaran dan hikmah yang saya dapat di sebalik apa yang berlaku. Saya mengenal erti persahabatan. Saya lalui waktu yang sukar dan ketika itu saya dapat lihat siapa kawan sebenar.

"Masa saya tengah down... jatuh, siapa yang sudi sambut tangan saya. Tapi ada juga kawan yang menambah garam dalam luka.




"Selain itu, saya juga belajar erti menghargai masa. Sekarang ini, saya lebih meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mademoisellee 3-6-2022 04:23 PM
Dalam ramai2 PU/Daie yg buat hal, dia ni paling extreme sekali. Harap dah berubah la ye wahai fakboi berkopiah. Cari la jalan nak control nafsu tu, berdakwah Tu dah mmg perkara mulia tapi cuba2 la kurang2 Kan nafsu fakboi tu
Quote SherryZass 3-6-2022 04:26 PM
bajet hotsetaf+hensem+kacak+gaya+mutu+keunggulan, walaupun hakikatnyaaa
Quote Mademoisellee 3-6-2022 04:27 PM
Kepada para wanita yg dah jadi mangsa, ni dah tahun 2022, bukan nak kondem, tapi mmg nak kondem. Tolonglah jangan bodoh. Tu je. Kawan iols pun pernah dapat DM dari fakboi ni tapi kawan iols bijak, dia ignore je. Ni tak, melayan, suka Sama suka hujung2 depression hujung2 kena harassed, hujung2 main tiktok, hujung2 terpaling victim
Quote Mary_jane 3-6-2022 04:28 PM
Allah dah tegur sekali tu bawa2 lah insaf. Jangan nanti jatuh tersungkur, tak boleh bangkit2 dah.
Quote Mademoisellee 3-6-2022 04:32 PM
Lain la kalau DM Tu dari fattah Amin ke, Remy ishak ke, zulripin ke, iols faham jugak kalau terlayan ni DARI MAMAT NI?? SERIOUSLY GIRL?? Blurggghhhhhh low class nya taste chuols
Quote bahagiaselalu 3-6-2022 04:53 PM
tak faham kenapa dia boleh terlepas... betul ke tidak dia buat jenayah seksual ni sebenarnya.. bukan ke mangsa sendiri yg report
Quote cheezel 3-6-2022 05:08 PM
Acah2 lak monyet perogol ni
Quote cheezel 3-6-2022 05:10 PM
bahagiaselalu replied at 3-6-2022 04:53 PM
tak faham kenapa dia boleh terlepas... betul ke tidak dia buat jenayah seksual ni sebenarnya.. bukan ...

Tak silap ada mangsa tarik balik laporan
Quote swimswim 3-6-2022 05:16 PM
Kawan ko pun baru kenal siapa ko yg sebenarnya ketika ko dituduh jenayah tersebut
Quote Hoola 3-6-2022 05:30 PM
Ermmmmmmmmm yelahhh wateva lahhhhhhh
Netijem bkn pembela tsiyum sinisssssssss
Quote alieyrina 3-6-2022 05:33 PM
Gila lah kawan nk dekat. X pasai2 adik kakak makcik depa plak jadi mangsa
Quote beautifulorchid 3-6-2022 05:37 PM
aku cuma boleh cakap aku geli giler tengok muke dia ni...tak tau la kenape
Quote Redmyvi 3-6-2022 06:06 PM
tak kenan tgk jambang dia nmpk serabut
Quote Redmyvi 3-6-2022 06:06 PM
tak kenan tgk jambang dia nmpk serabut
Quote bahagiaselalu 3-6-2022 06:25 PM
cheezel replied at 3-6-2022 05:10 PM
Tak silap ada mangsa tarik balik laporan

oo patutlaaa
Quote naina 3-6-2022 06:44 PM
SherryZass: bajet hotsetaf+hensem+kacak+ga ...


Kan. TikTok dan posing dia fake acah2 paling hensem. Geli laa
Quote anaktoyol 3-6-2022 06:46 PM
bahagiaselalu replied at 3-6-2022 04:53 PM
tak faham kenapa dia boleh terlepas... betul ke tidak dia buat jenayah seksual ni sebenarnya.. bukan ...

dia belum terlepas lagi... ada bnyk lagi pertuduhan... yg terlepas 2 dari dua mangsa.. satu mangsa ni sebab tak cukup bukti... yg satu mangsa lagi tarik balik report... ada bnyak lg... kat twitter ada satu ni yg kata mangsa adalah kawan dia dan kes masih berjalan
Quote EmmaLolito 3-6-2022 09:19 PM
Dilepas dan dibebaskan sbb mangsa tarik balik laporan. Klu tak memang turun naik turun naik mahkamah lah kau. Bolelah happy kat dunia.
Quote annehuda 3-6-2022 09:24 PM
Dai-Syed-1-e1607592634720.jpg

Gegirl di luar sana sblm nk rembes ngan si syed fakboi ni renung dulu gambar ni,heols bknla sekacak mcm dlm gmbr tu

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.371050 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top