CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Nak Terjun Bangunan, Wanns Ahmad Benci Disamakan Dengan Zizan Razak Sampai Diserang Anxiety

3-6-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7368| Komen: 80

Wanns Ahmad, sepotong nama yang mungkin pernah didengari atau langsung tidak pernah terlintas dalam pengetahuan khalayak.

Hampir sedekad mendambakan diri dalam dunia seni selepas tamat persekolahan, namun identiti anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu masih samar-samar.

Dalam bahasa paling mudah, masih ramai belum mengenali dengan lebih dekat siapa Wanns Ahmad yang sebenarnya.

Cuma, sejak kebelakangan ini, namanya tiba-tiba tular dalam media sosial dek wajahnya yang dikatakan saling tak tumpah dengan pelawak terkenal Zizan Razak.


Foto: Kosmo


Bukan setakat Zizan, ramai juga pengguna media sosial terutama TikTok menyamakan dirinya dengan pelakon kacak popular, Shukri Yahaya.

Persamaan yang diperkatakan bukan setakat mengenai wajah, tetapi turut menyentuh aspek percakapan, tona suara, mimik muka, tingkah laku dan apa sahaja tindak-tanduk Wanns.

“Bab wajah saya disamakan dengan Zizan dan Shukri itu betul. Walaupun sampai sekarang pun saya masih disamakan dan mungkin dikenali atas faktor tersebut.

“Pada awalnya saya okey sahaja sebab rasakan mungkin mereka mahu mengenali dan selesa dengan cara itu.

“Secara tidak langsung, jadi publisiti percuma buat saya,” katanya kepada HibGlam.


Foto: Kosmo
Pada mulanya perkara tersebut langsung tidak mendatangkan sebarang kesan, malah membantunya memacu jenama Wanss Ahmad walaupun dengan cara menggunakan nama orang lain.

Terus berkongsi rasa usai sesi penggambaran tempoh hari, Wanns mendedahkan, lama-kelamaan dia mula berasa muak apabila acapkali disamakan sedemikian rupa.

“Lama-kelamaan, jujurnya saya naik muak dan bosan dengan perkara ini. Tiap hari kalau buka laman sosial terutama TikTok dan Instagram, ada sahaja yang menyapa saya dengan nama Zizan.

“Ada juga yang DM (mesej) bertanyakan, adakah saya adik kepada Zizan, saudara terdekat atau pertalian darah dengan Zizan.

“Mulanya saya okey dan layan satu demi satu soalan mereka. Tapi lama kelamaan saya rasa bosan dan benda ini secara tak langsung ganggu mental,” getusnya.

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad menambah, paling membuatkan mental berserabut apabila ada mesej-mesej daripada netizen yang mendakwa dia sengaja meniru gaya dan suara seperti pelawak terkenal itu untuk melobi diri.

“Perkara sebegitu paling boleh buat saya gila. Ada yang kata saya ini klon kepada Zizan dan saya sengaja ‘try hard’ (terlalu mencuba) tiru apa sahaja yang dilakukan Zizan demi meraih populariti.

“Pernah satu ketika, apabila saya baca, saya rasa macam nak terjun bangunan sahaja. Sebab perkara ini boleh buat saya mental lebih-lebih lagi dengan penyakit anxiety (kegelisahan melampau) yang saya hidapi sejak remaja.

“Mungkin ramai tak tahu tentang anxiety yang saya hadapi. Saya sendiri pun tak pernah dedahkan kepada mana-mana media. Jadi tolonglah, saya mohon biarlah komen yang berpada-pada dan jaga sensitiviti orang lain juga.

“Tak semua perkara boleh dijadikan gurauan buat seseorang. Bukan saya mahu meraih simpati atau kasihan daripada anda semua, tetapi cukup sekadar memahami dan selami apa yang saya rasa selama ini,” katanya yang secara peribadi langsung tiada sebarang masalah peribadi dengan pelawak asal Terengganu itu.


Foto: Kosmo


Pernah mempunyai sebuah single balada berjudul Terus Mencintaimu tujuh tahun lalu, nashkah tersebut sedikit sebanyak membantu memperkenalkan Wanns dengan vokal unik yang dimiliki.

Tutup soal penyakit dan apa yang dihadapi selama ini, Wans menyifatkan semua yang berlaku barangkali berpunca daripada kesilapan sendiri.

Kesilapan yang dimaksudkan itu adalah berkait rapat dengan jenama Wanns Ahmad itu sendiri.

“Ya, saya akui itu kesilapan saya. Kalau ditanya apa fokus saya dalam bidang seni ini, tentulah nyanyian dan lakonan sebagai platform kedua.

“Saya sendiri pun masuk dalam industri sebagai penyanyi, tetapi masih ramai tidak tahu mengenai itu sampai ada yang terkejut dan berkata bila masa Zizan ada lagu dan menyanyi.

“Tetapi, mana yang kenal itu kenallah. Kalau sebelum ini saya memang ada label pengurusan sendiri, tapi itu sekejap sahaja dan sekarang saya memang bergerak sendiri,” tuturnya.

Ditebak mengenai rezekinya yang kini dilihat lebih banyak ke arah lakonan, Wanns bersyukur dengan tawaran dan kepercayaan pengarah kepadanya.

Buat masa sekarang, aktiviti seninya banyak memenuhi tawaran lakonan dan mengacara berbanding nyanyian dan muzik.

Bagaimanapun, semua itu bukan bermaksud cintanya terhadap nyanyian telah pudar, cuma peluang lakonan lebih menyebelahinya.

“Saya masih buat lagu. Sekarang pun ada beberapa senarai lagu yang saya sedang siapkan untuk diri sendiri dan penyanyi lain.

“Tapi buat masa ini memang sibuk dengan penggambaran drama dan telefilem. Alhamdulillah rezeki dalam lakonan lebih menyerlah sejak dua tahun kebelakangan ini,” katanya.

Menutup perbualan, Wanns berharap, kehadirannya dalam industri seni dapat diterima selain terus diberikan peluang untuk lebih semangat menghasilkan karya bermutu selepas ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-6-2022 05:03 PM
Kelindan Lori manaaaaa ni weeeehhhhhh
Quote Straya 3-6-2022 07:03 PM
TT ni saja je letak first pic yang atas tu kan. Gambar nak mintak kena maki lol
Quote epal21 3-6-2022 07:15 PM
Tang mana yg rupa zizan @ syukri yahya tu? Buta ke semua tu? Pas tu boleh pulak rimas sampai anxiety. Apa yg anxious sangat kalau rupa macam diorang berdua tu? Lain lah kalau rupa dikatakan seiras long tiger, tu barulah boleh trigger anxiety attack
Quote cikmi 3-6-2022 07:17 PM
hek eleh..takat kata muka sama pun sampai nk terjun bgnn...aduhai
Quote holothurian 3-6-2022 07:24 PM
Me suka tgk dia jd pengacara rancangan msuk kampung kat tb3,masak dengan pacik macik. Ramah tak kekok.
Quote miracle_forever 3-6-2022 07:25 PM
generasi tik tok ni mmg lemah.. sikit2 nak mengaku anxiety la depression la. hal remeh temeh pun kalut. ni kuar artikel mcm ni indirectly menumpang nama jijan & SY gak kan
Quote fadz84 3-6-2022 07:28 PM
Mata ai problem ke? X nmpk iras Zizan & SY pung...
Quote Minami2013 3-6-2022 07:30 PM
Mental kena strong nk jadi public figure. Or else, pilih je lah kerja lain.
Quote kiah_mai_pulak 3-6-2022 07:31 PM
hahahhahaahahahahahahabahahhaahhahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahhahaahahhahahahahahahahahahahahhaha mampu gelak je
Quote swimswim 3-6-2022 07:42 PM
Ni tiru skrip adik faizal tahir ke wakakkakakaa. Dik, malaysia ni banyak laut dik, boleh pilih nk terjun masuk yg mana2 adik suka.
Quote kotakominami 3-6-2022 07:44 PM
Terima kaseh buat saye terhibur sikit hari ni.....
Quote Lelli 3-6-2022 07:48 PM
Gambar pegun xnmpk sngt iras zizan ng SY..
Kalau kat video mmg nmpk iras..
Pelik2 anxiety punnnn..ke sbb xleh nk catch up dgn populariti dorg tu yg jd 'tertekan'?
Ehh..bkn heolls ni yg dulu konon2 ber'iluminati bagai?
Attention seeker detected.
Quote Acikgomen 3-6-2022 07:53 PM
Bukan ko jugak ke dulu dok buat parody tiru dialog si zizan idong tuh
Dah napeww pulak skang nak benci org
Hentak2 kaki tak masa sebut benci tuh
Quote asfaz 3-6-2022 07:54 PM
Empphh mungkin spec aku kena tambah power ni sb tak nampak pulak seperti yg dia claim
Quote asfaz 3-6-2022 07:55 PM
Lelli replied at 3-6-2022 07:48 PM
Gambar pegun xnmpk sngt iras zizan ng SY..
Kalau kat video mmg nmpk iras..
Pelik2 anxiety punnnn..ke ...

Ooo kena tepek video la kalau cmtu.
Quote Lelli 3-6-2022 08:20 PM
asfaz replied at 3-6-2022 07:55 PM
Ooo kena tepek video la kalau cmtu.

Hahaha...baru nmpk iras jika visual bergerak..
Quote slyfynx 3-6-2022 09:16 PM
Apekah inneh?
Quote Revolver 3-6-2022 09:19 PM
who are youuuuuu???
Quote sukacactus 3-6-2022 09:24 PM
Kat mana resemblance nya wei
Zizan tidak, shukri yahya apatah lg

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.115542 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top