CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amy Nur Tinie Seiras Puteri Aishah Dan Che Ta- Dulu Seksi, Reda Netizen Korek Kisah Masa Silam

3-6-2022 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7147| Komen: 43

Saat membulatkan hatinya terjun ke dunia lakonan sekitar dua tahun lalu, pelakon baharu Amy Nur Tinie sudah bersedia dengan segala kemungkinan, termasuk kisah silamnya diselongkar netizen.


Amy Nur Tinie atau nama sebenarnya, Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 26, yang pernah aktif di pentas ratu cantik mengakui, sebelum ini dia berpakaian agak seksi, bagaimanapun itu adalah perkara yang sudah lama berlalu.


Foto: IG

“Minda saya telah bertukar apabila masuk dalam dunia lakonan, sebab saya tahu pasti akan ada kecaman. Malah, kisah silam ketika zaman aktif dalam pertandingan ratu cantik dan berpakaian agak seksi juga dikorek netizen.


“Sejujurnya, saya tidak kisah apa orang hendak kata kerana itu adalah masa silam yang tidak boleh diubah. Janji, saya buat kerja dengan baik, produksi dan pengarah berpuas hati itu sudah memadai buat saya,” ujar Nur Tinie.

Pelakon yang memulakan karier lakonan dengan filem 10 Tips Tipu Bini itu juga bersikap terbuka apabila sering disalah anggap sebagai pelakon popular, Puteri Aishah kerana memiliki wajah yang hampir seiras.



Jelasnya yang juga seorang pengacara, bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali orang ramai menganggapnya sebagai Puteri Aishah.

Berkongsi momen lucu yang dialaminya, pernah ada peminat beria-ria bergambar dengannya kerana menyangka dia Puteri Aishah.



“Memang begitu ramai orang mengatakan wajah kami hampir seiras dan ada kejadian ketika saya berada di luar seorang peminat ini mahu bergambar.

“Dalam hati saya agak terkejut kerana saya pelakon baharu, bagaimana pula sudah apa peminat?

“Selepas bergambar tiba-tiba peminat itu mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu.



“Malah, siap tanya mana suami? Terus saya kata ini salah orang, saya bukan Puteri Aishah. Mesti peminat itu menyesal bergambar dengan saya,” katanya dalam tawa.

Sebelum Puteri Aishah, Amy Nur Tinie juga sering dikatakan hampir seiras dengan pelakon terkenal, Rozita Che Wan.

“Dahulu, selepas saya pakai bulu mata palsu, orang akan kata saya kelihatan hampir sama dengan Che Ta. Masa itu masih baru sangat dalam industri seni, jadi saya rasa seronok apabila orang samakan saya dengan pelakon lain.



“Sekarang, apabila orang sering menganggap saya sebagai Puteri Aishah, ada juga rasa sedih dan terfikir sampai bila saya akan terus dibayangi Puteri Aishah.

“Namun, saya ambil positif, mungkin selepas lebih dikenali orang ramai akan dapatkan bezakan antara saya dan Puteri Aishah,” ujar Amy Nur Tinie yang ditemui di set penggambaran filem Jemputan Ke Neraka terbitan An Universal, baru-baru ini.

Menyentuh tentang penglibatannya dalam filem arahan Amor Rizan itu, dia pada mulanya agak terkejut menerima tawaran menjayakan karya psiko thriller tersebut.



“Saya masih baru, pengalaman lakonan pun tidaklah banyak, jadi apabila menerima skrip filem Jemputan Ke Neraka, saya tahu filem ini memang berat.

“Dalam hati saya mampukah saya bawakan watak dengan baik bimbang nanti dipanggil kayu. Berlakon pula dengan pelakon-pelakon hebat seperti Janna Nick dan Sharifah Sakinah, terus terang saya agak bimbang.

“Alhamdulillah, semasa di lokasi penggambaran, mereka semua buat kami pelakon baru rasa selesa dan seperti sudah berkawan lama.



“Automatik keserasian itu timbul dan saya mula yakin untuk memberikan lakonan terbaik,” ujar Amy Nur Tinie.

Selain Amy Nur Tinie, filem Jemputan Ke Neraka itu turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 3-6-2022 03:57 PM
Tak lawa umur pun dah agak lewat. Sesuai jd kawan heroin je lah. Harap2 tak berlakon kayu.
Quote SherryZass 3-6-2022 04:02 PM
Ingatkan orang korek kisah lama pakai seksi sebab sekarang dah bertutup litup, rupenyehh tidak. Ada iras PA yg muka petak
Quote deebiz14 3-6-2022 04:21 PM
Sheols ni muka petak sangat cam roti prata empat segi. Leher sheols kecik jer.
Tak sesuai untuk tv. Nmpk pelik. Mohon tak yah blakon.

Begambo maybe ok, psl tak begerak kan. Leh kejung mengeras bila angle da nmpk cantek.

Gituh meols jujurin.
Quote pembacagosip 3-6-2022 04:25 PM
deebiz14 replied at 3-6-2022 04:21 PM
Sheols ni muka petak sangat cam roti prata empat segi. Leher sheols kecik jer.
Tak sesuai untuk tv.  ...

hahahhahahahhahha aku terhibur roti canai petak. roti telur ke tu
Quote Lelli 3-6-2022 04:29 PM
Muka terlalu bersimetri..nmpk keras.
Sesuai utk jd model je..
Quote Cokoro 3-6-2022 04:32 PM
Hmmmm moga brjaya dik
Quote Mary_jane 3-6-2022 04:34 PM
Rasa dia mula dengan mengacara kat tv1 dulu. Memang iras Che Ta. Cantik juga lah kat mata ni.
Quote KBW2 3-6-2022 04:35 PM
macam kena sengat tebuan jah
Quote maxim 3-6-2022 04:35 PM
Komen acik2 porum.. Hmmm
Quote KBW2 3-6-2022 04:35 PM
filter pun berlapis-lapis tak yakin diri ke hape
Quote sharlenetexas 3-6-2022 04:35 PM
Macam muka nurul


Quote QueenIsolde 3-6-2022 04:37 PM
Lawa dia dr puteri ecah petak, ecah bukan setakat muka petak ng body skali petak..maaf terbody shaming lak
Quote Mademoisellee 3-6-2022 04:39 PM
Takde nama komersial lain ke
Quote mawarkhayalan99 3-6-2022 04:43 PM
rasanya mcm dia ni lagi putih dari ecah tu. and lagi cantik dari ecah. done compare
Quote deebiz14 3-6-2022 04:44 PM
pembacagosip replied at 3-6-2022 04:25 PM
hahahhahahahhahha aku terhibur roti canai petak. roti telur ke tu

Entah la tiber meols tringat masa pegi sg dulu kok roti canainya bersegi lebar gitu. Ade isi telur, daging.
Nak kata muka cam pinggan segi empat cam tak smpi hati plak, so meols samakan la ngan roti tu.
Quote Belibis 3-6-2022 04:58 PM
maxim replied at 3-6-2022 04:35 PM
Komen acik2 porum.. Hmmm

Acik porummmm..biasala..anak terpaling lawa,cerdik..golongan t20..retis2 mesia semua buruk..huduh..kohong.
Quote maxim 3-6-2022 04:59 PM
Belibis replied at 3-6-2022 04:58 PM
Acik porummmm..biasala..anak terpaling lawa,cerdik..golongan t20..retis2 mesia semua buruk..huduh. ...

tp bila tgk kt realiti..hmm sedih
Quote cheezel 3-6-2022 05:01 PM
Cntik je. Dah la cantik tinggi kurus. Tp xtau nape xmeletop. Aura xde kot
Quote Sonneblume 3-6-2022 05:08 PM
Hmm boleh la..cantik tapi tak rasa nak pandang 2 kali.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038325 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top