CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ya, Kami Kahwin Semula Tengah Hari Semalam' - Ras Adiba

3-6-2022 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8864| Komen: 61

Tular mengenai dirinya dikatakan berkahwin semula dengan bekas suami semalam, bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi tidak menafikan perkara tersebut.


Jelas Ras, 54, dia menerima ketentuan dan takdir Ilahi yang menemukan semula dirinya dengan suami, Mohamed Azam Ali yang juga ahli perniagaan sehingga kedua-duanya membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bersama.



“Ya, benar… saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pernikahan kami yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.


“Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen TV3,” katanya.




IG Ras

Terdahulu, beberapa foto Ras dan suaminya yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Tak perlu. Kami bercerai pun kami tak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.

“Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat,” katanya.

Untuk rekod, Ahli Dewan Negara itu pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ras pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-6-2022 02:17 PM
Tahniah. Siapa anak sheols? Tak pernah tunjuk pun.

Quote cap_ayam 3-6-2022 02:20 PM
Tak ingatlah bila ras adiba pregnant?
Quote Dwdrum 3-6-2022 02:37 PM
Cepat nya process kahwin cerai dan kahwin semula.... Kahwin 2019 dapat 2 anak... 2022 kahwin semula
Quote Samerosie 3-6-2022 02:44 PM
Tahniah!  

Ras Adiba ambil anak angkat kan ada keluar kisah anak angkat dia sorang tu autistic juga.
Quote fahdramli 3-6-2022 02:50 PM
Betul la dia ada kawen dgn azam ni. Tapi tak tau bila masa dia cerai. Tup2 kawen lagi sekali... Feninn
Quote takayama 3-6-2022 02:58 PM
ini suami dia yg kedua ke sbb nikah dlm 2019
Yg 1st ex dia dulu org lain kan
Apa pun tahniah
Quote Artemesiaa 3-6-2022 03:08 PM
Tahniah ler moga kali ni berkekalan masing2 pun dah berusia dah makin matang
Quote afie_m 3-6-2022 03:30 PM
tahniah, jodoh masih ada...alhamdulillah
Quote Thunderclouds 3-6-2022 03:33 PM
takayama replied at 3-6-2022 02:58 PM
ini suami dia yg kedua ke sbb nikah dlm 2019
Yg 1st ex dia dulu org lain kan
Apa pun tahniah

Bener buukkk..mula2 kawen ngn laki 1st. Cerai,kawen lak ngn yg ini. Patu cerai. Patu ini kawen smula ngn sama utk kali ke2
Quote prince_marhaen 3-6-2022 03:53 PM
IG @azambear? sooo daddy2 bear punya nama..... something juga kah? tibehhhh
Quote Mary_jane 3-6-2022 04:00 PM
Macam baru je I tengok kat fb dia nikah 2019 tu. Dah 3 tahun rupanya berlalu. Bergocoh masa MCO ke kekdahnya? Ni kasih bertaut kembali, moga aman2 jur rumahtangga tu.
Quote ifanonline 3-6-2022 04:01 PM
masih boleh berjimak kah sis ras adiba?
Quote bulalof 3-6-2022 04:04 PM
tua2 pun nikah cerai lagi, apatah lagi yg muda2 taik kuda tu......
Quote midori_katana 3-6-2022 04:59 PM
makin cantik pulak kulit dia!
Quote ifanonline 3-6-2022 05:03 PM
teknik2 berjimak atas wheelchair

Quote Acikgomen 3-6-2022 05:24 PM
So kalini jantan tu betul2 duda dah la
Anak2 jantan tu dah ok ke bapak deyols kawin balik dgn chuols
Ko mmg sejak muda belia ligat depan TV dulu asal cari laki je mesti jantan yg ada pakej anak bini kan
Quote Decaffeinated 3-6-2022 05:48 PM
Dwdrum replied at 3-6-2022 02:37 PM
Cepat nya process kahwin cerai dan kahwin semula.... Kahwin 2019 dapat 2 anak... 2022 kahwin semula

Perenggan last tu patut re-write. Wartawan ni masa UPSR dulu BM penulisan dapat B so kena baca dengan imajinasi lebih sikit.


Quote alesandra 3-6-2022 06:02 PM
Acikgomen replied at 3-6-2022 05:24 PM
So kalini jantan tu betul2 duda dah la
Anak2 jantan tu dah ok ke bapak deyols kawin balik dgn chuo ...

acik kenal ke laki sheols neh?dulu pernah sekali abg iols beli daging salai kat laki sheols ni.tibahhh je kawen balik.bila cerainya?
Quote gideoncross 3-6-2022 06:03 PM
Huntong lah sntiasa brjodohan, iol nak msuk 32 pun msih lgi single.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.398764 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top