Setiap kali berkelah di tepi sungai, sudah tentu kita akan buat pelbagai aktiviti seperti berenang, berjalan di sungai, memasak dan banyak lagi. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan dua individu sedang berseronok berkelah terkejut apabila tempat memasak daging bakar mereka meletup secara tiba-tiba. Difahamkan, kejadian berlaku kerana tekanan udara di bahagian bawah tempat memasak itu menyebabkan batu ataupun simen tersebut meletup. Melihat di komen pula, ramai netizen terkejut dengan letupan tersebut dan bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku. - CARI |
Belibis replied at 3-6-2022 05:07 PM
Ingatkan dapur portable meletup..mau rentung muka..lain kali bakar2 ni kena atas pasir atau tanah.
ADVERTISEMENT