CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Turki Kini Rasmi Jadi Türkiye

3-6-2022 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6243| Komen: 87

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju menukar nama Turki kepada Türkiye atas permintaan negara itu.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, surat permohonan negara itu diterima daripada Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu Rabu lalu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Antonio Guterres, supaya memohon penggunaan Türkiye untuk semua urusan.


Katanya, pertukaran nama negara itu berkuat kuasa sejak surat itu diterima.


Foto: AP

Cavusoglu mengumumkan penyerahan rasmi surat itu kepada PBB dan organisasi antarabangsa lain pada Selasa lalu.


"Kami membolehkan PBB dan organisasi antarabangsa lain, melihat perubahan ini kepada menggunakan Türkiye," katanya kepada Agensi Anadolu.

Turki memulakan langkah menukar nama rasminya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bahasa Inggeris kepada Türkiye pada Disember selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan memorandum dan meminta orang ramai menggunakan Türkiye untuk menggambarkan negara itu dalam setiap bahasa.

"Türkiye diterima sebagai payung untuk negara kita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Türkiye menzahirkan budaya, tamadun dan nilai rakyat Turki," kata Erdogan pada masa itu.

Erdogan juga mengesyorkan syarikat menggunakan 'buatan Türkiye' untuk barangan eksport mereka dan mengarahkan agensi negeri menggunakan Türkiye dalam urusan surat-menyurat mereka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 3-6-2022 12:47 PM
Abis tu aku nak ejas keyboard macam mana ??
Quote sharlenetexas 3-6-2022 01:10 PM
Turkiye



Quote Artemesiaa 3-6-2022 01:14 PM
Ambil masa juga ramai nak hadam
Quote mojarean_X 3-6-2022 01:22 PM
Mana nk dpt titik 2 kt atas tu? Aku cari2 kt keypad aku ni x jumpa pun
Quote zorrro_03 3-6-2022 01:30 PM
Tak payah fikir payah2 laaaaa.  Turkiye je cukup.  Banyak cekadak nak titik tukar kibod bagai. Hempuk demgan keybod baru tahu. Gggrrrrrr
Quote imanjannah 3-6-2022 01:44 PM
turki ye.. bukan turki lagi
Quote syamzana 3-6-2022 01:46 PM
sebutannya Tur-Ki-Ye ke?
Quote Belibis 3-6-2022 02:21 PM
Ayam turkey pun kena eja turkiye jugak ler lepas ni.[em:3:]
Quote Tinot7 3-6-2022 02:25 PM
Türkiye
Iols berjaya eja dgn betui..
Quote Tinot7 3-6-2022 02:28 PM
Belibis replied at 3-6-2022 12:47 PM
Abis tu aku nak ejas keyboard macam mana ??

Kalau pakai smartphone, tekan huruf u lama sikit, nnt kluar la opsyen2 utk ejaan u bertitik ka berpalang ka.. pilih yg mana satu idaman kalbu..
Kalau kibod, kopipes drp MS Word, klik kat symbols, dan pilih huruf yg menyerupai ü dlm pilihan symbols.
Quote Belibis 3-6-2022 02:32 PM
Tinot7 replied at 3-6-2022 02:28 PM
Kalau pakai smartphone, tekan huruf u lama sikit, nnt kluar la opsyen2 utk ejaan u bertitik ka ber ...

Ooooo..tenkiyü sis..ambe ni buta it..pandai baca porum jer
Quote Mary_jane 3-6-2022 02:35 PM
Menurut pakcik Google “Türkiye” is pronounced tur-key-YAY.

Tebrikler Türkiye.
Quote white_musk 3-6-2022 03:20 PM
Bacaan sebetulnya ialah TUR-KAI
Quote angelofish 3-6-2022 04:46 PM
ayam turkey kena tukar sebutan juga ke?
Quote white_musk 3-6-2022 04:48 PM
angelofish replied at 3-6-2022 04:46 PM
ayam turkey kena tukar sebutan juga ke?

Ayam TUR-KAI
Quote buragazz 3-6-2022 05:07 PM
Bukan dah lama ke cuma baru official kan sebab masa valley ball ke sukan apa ntah dah pakai turkiah...
Quote rosmahisham 3-6-2022 05:34 PM
Product & souvenir derang dr dulu pon dh guna turkiye tu kan...
Quote mojarean_X 3-6-2022 06:12 PM
Tinot7 replied at 3-6-2022 02:28 PM
Kalau pakai smartphone, tekan huruf u lama sikit, nnt kluar la opsyen2 utk ejaan u bertitik ka ber ...

Wah hebatnya. Time kaseh. Türkiye
Quote Tinot7 3-6-2022 06:40 PM
Belibis replied at 3-6-2022 02:32 PM
Ooooo..tenkiyü sis..ambe ni buta it..pandai baca porum jer

Kat porem la kita blajaq benda baru..
Yøu àré wëlçomě

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061150 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top