CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trauma Dengan Kelahiran Anak Sulung, Wanita Lahirkan Anak Keempat Dalam Laut

3-6-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1493| Komen: 4

Seorang wanita selamat melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram tanpa memerlukan sebarang bantuan perubatan di Lautan Pasifik. 

Lapor Daily Mail, Josy Peukert, 37, hanya ditemani suaminya, Benni Cornelius, 42, semasa berada di pesisir pantai Playa Majagual, Nicaragua. 


Foto: Jam Press Vid

Ibu empat anak itu memuat naik video detik kelahiran cahaya mata bongsunya ke Instagram dengan hanya memiliki kit bersalin seperti tuala, mangkuk dengan penapis untuk menadah tali pusat dan kain.  

Menerusi video itu, ombak laut kelihatan menghempas belakang badannya semasa dia kesakitan untuk melahirkan anak. 


“Bunyi deruan ombak dapat menenangkan isteri saya ketika melahirkan anak, walaupun dalam kesakitan, namun dia masih berasa selesa,” kata suaminya.

Bayi lelaki itu diberi nama Bodhi Amor Ocean Cornelius dan kini sudah berusia 13 minggu.

Suaminya memaklumkan selepas kandungan isterinya semakin sarat, dia menghantar anak-anak yang lain ke rumah kawannya sebelum mereka berdua menuju ke kawasan pantai. 

Peukert menjelaskan pilihan untuk melahirkan anak sendiri kerana doktor dan bidan menyebabkan golongan wanita lebih terganggu dan tidak yakin dengan keupayaan sendiri. 


Foto: Jam Press Vid

“Saya mahu berasa bebas tanpa sebarang kerisauan buat kali ini. 

“Kelahiran anak pertama sangat trauma di klinik dan kelahiran kedua semasa di rumah dan yang ketiga ditemani bidan. 

“Kali ini, saya tidak membuat sebarang janji temu dengan doktor mahupun sebarang campur tangan luar,” kongsinya. 

Peukert berkata, selepas proses kelahiran itu selesai, dia kembali semula ke pantai untuk menyegarkan dirinya. 




“Selepas itu, kami kemas semua barang dan memandu pulang ke rumah dengan hanya kami bertiga.

“Saya langsung tidak berasa takut atau bimbang semasa meraikan kedatangan cahaya mata baharu ke dalam hidup kami,” katanya. 


Foto: Jam Press Vid

Sehingga kini, tiada statistik rasmi merekodkan jumlah kelahiran bebas di seluruh dunia, namun, angka itu dipercayai masih kecil dan bertambah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 3-6-2022 01:28 PM
Dia dengan pilihannya lagi pun bukan kali pertama asal tak ada komplikasi sudah
Quote sharlenetexas 3-6-2022 01:31 PM
Doula douli takleh cari makan.


Quote dua_chzy 3-6-2022 01:38 PM
Tahniah acik! Besar anak ko, 3.5kg.
Quote setori_mori 4-6-2022 11:59 PM
Ala2 waterbirth je la ni kan. Tahniah dpt baby baru

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.114099 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top