Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, 31, ialah salah seorang selebriti yang rajin berkongsi 'content' menerusi aplikasi TikTok.
Dia antara anak seni yang bijak memanfaatkan media sosial agar namanya terus menjadi sebutan dalam kalangan peminat seni tempatan.
Pemilik nama sebenar, Nurulain Edruce itu banyak mengetengahkan kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu yang turut menampilkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa dan anak mereka, Soraya.
Disebabkan anak serta suaminya terlalu kerap muncul dalam video yang dikongsikan, timbul suara-suara nakal yang mendakwa Ain sebenarnya mempergunakan suami dan anaknya untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Memetik laporan Media Hiburan, wanita yang kini menjadi pengacara untuk program I Can See Your Voice Malaysia itu sama sekali tidak kisah dengan apa jua tanggapan umum kerana paling penting adalah sokongan daripada suaminya.
"Amirul pun kadang-kadang cakap 'cuba berdiri atas bakat sendiri'. Dia sendiri rasa video di TikTok saya itu meletup sebab ada dia dan Soraya.
"Walaupun apa yang dilihat di TikTok itu adalah wajah paling ikhlas yang dapat dia tunjukkan tetapi dia tetap membantu saya. Mungkin dia rasa itu adalah salah satu cara menyokong dari belakang.
"Saya tak kisah kalau orang cakap saya gunakan suami dan anak. Bagi saya, sejak berkahwin, dalam rezeki saya ada rezeki suami dan anak. Ada juga tawaran yang ingin menampilkan kami bertiga. Jadi, saya anggap itu sebagai rezeki bersama," katanya.
Seorang yang suka membaca komen, Ain mengakui adalakanya terasa hati dengan kritikan atau kecaman yang ditulis oleh sesetengah individu. Namun, suami menasihati agar dia tidak terlalu melayan komen yang menyakitkan hati.
"Bagi saya, selagi Amirul tak menghalang, saya buat tak tahu sajalah," katanya.
Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember 2019. Mereka dikurniakan seorang puteri, Soraya yang kini berusia setahun. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My