CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gimik Murahan 'Free', Iqram Dinzly Kata Kena Bijak Ambil Peluang

3-6-2022 10:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1459| Komen: 1|Original author: Tatod

Sumber The Star


Pelakon kelahiran Ipoh, Perak iaitu Iqram Dinzly ialah salah seorang aktor tempatan berbakat besar. Berilah apa saja watak, pasti direalisasikan mengikut acuan sendiri dengan jayanya.

Sering menjadi kecaman netizen kerana mempamerkan perkara dianggap keterlaluan dan tidak senonoh di media sosial, tindakan Iqram yang sengaja mencetuskan kontroversi sebagai gimik murahan di lokasi penggambaran bukan saja tidak disenangi umum, tetapi juga rakan industri sendiri.


Memetik temu bual mStar dengan Iqram, pelakon itu menegaskan dia hanya memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan drama tersebut.

"Memanglah gimik murahan. Zaman sekarang kena bijaklah. Kau yang bodoh tak reti nak manfaatkan keadaan. Kena fahamlah kau sebagai budak yang baru nak belajar, bukan kata kau tak  bagus atau terus bagus. Sekarang ini kena faham basic production atau basic industri.

"Bagi saya, kalau benda ini murahan... mana lagi bijak, dapat publisiti kena bayar dengan publisiti murah macam tu tapi senang viral tanpa bayar apa-apa? Lagi bagus free. Kena faham, orang yang tahu tentang nak dapatkan marketing free ini orang yang berjaya sebab dia tak payah keluarkan duit.


"Kenapa nak pertikai publisiti murah? Hak masing-masing. Kau rasa jalan itu betul, teruskan dan hormat. Tak payah bagi komen macma kau bagus sebab sampai satu masa kau akan rasa kau tak bagus. Sama ada membantu melariskan produk atau drama, itu semua atas izin Allah, buatlah bogel macam mana pun tanpa izin Allah takkan jadi," katanya.

Dakwaan Iqram menggunakan gimik murahan sebagai pelaris drama tercetus ketika menjalani penggambaran Hati Yang Dikhianati. Pelakon yang berusia 41 tahun itu juga dihujani kritikan apabila tampil di media sosial dengan pakaian dan kandungan yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bahagiaselalu 3-6-2022 01:59 PM
gambar atas tu macam gambar lama jaaa... hehehe

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.025677 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top