CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umpan Masuk Ke Gerabak Kelas Pertama, Pemeriksa Tiket Kereta Api Rogol Wanita Bergilir Dengan Tiga Lelaki Lain

3-6-2022 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3844| Komen: 44

Seorang pemeriksa tiket kereta api didakwa 'mengumpan' seorang wanita muda masuk ke dalam gerabak kelas pertama sebelum merogolnya beramai-ramai bersama tiga lelaki lain.


Suspek dikatakan telah menawarkan ibu dua anak itu kononnya tempat duduknya dinaik taraf daripada kelas ekonomi kepada gerabak berhawa dingin, ketika kereta api tersebut dalam perjalanan antara Multan dan Karachi.

Sebaik masuk ke dalam gerabak tersebut, pemeriksa tiket itu dan tiga lelaki lain didakwa merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum mengugutnya jika cuba melarikan diri.

Foto: Getty Images

Bagaimanapun mangsa berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis.


Ketua Polis, Faisal Shahkar berkata, serangan mengejutkan itu berlaku dalam kereta api ekspres Bahauddin Zakaria minggu lalu.

Suspek melarikan diri ke kawasan terpencil di Pakistan beberapa jam selepas melakukan jenayah tersebut, lapor akhbar Pakistan, Dawn.

Polis bagaimanapun berjaya menahan dua suspek pada Isnin dengan suspek ketiga ditahan pada hari berikutnya.

Pihak berkuasa berkata pemeriksaan perubatan terhadap mangsa mengesahkan dia telah dirogol beramai-ramai.

Kejadian tersebut mencetuskan desakan supaya kesemua pelaku dihukum gantung. - CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-6-2022 08:10 AM
Haish, cerita daei negera "I" lagi.
Quote dua_chzy 3-6-2022 08:12 AM
1. Saya sokong hukuman gantung standardize di seluruh dunia kepada perogol.

2. Saya hairan banyak negara bagi lenient sentence kepada pesalah seksual. Kenapa? Sebab dia merogol saja dan bukan membunuh? Walaupun mangsa cacat ka apa macam kes adik yang diliwat sampai cacat di Johor itu, still tak melayakkan si peliwat dihukum bunuh/gantung?
Quote tri-max 3-6-2022 08:23 AM
kalau wat drama bollywood ... best ni
Quote black_handbag 3-6-2022 09:15 AM
dia rogol tu depan anak wanita tu ke? ke wanita tersebut berseorangan?
Quote KamikuP 3-6-2022 09:44 AM
Tak ketum..kari
Quote wirazam 3-6-2022 10:56 AM
Edited by wirazam at 3-6-2022 10:57 AM

Dah agak dah mesti kat hindia...sbb kes2 begini dan keretapi.
Buka dan baca thread..ternyata betul..feeling happy pulak pagi nih hahaha sbb tekaan betul...tapi perbuatan makhluk Tu mmg aiii bantah sekeras2 nya ye
Quote skippy 3-6-2022 11:02 AM
wirazam replied at 3-6-2022 10:56 AM
Dah agak dah mesti kat hindia...sbb kes2 begini dan keretapi.
Buka dan baca thread..ternyata betul.. ...

ko baca ke tak? benda ni berlaku kt pakistan.
Quote Adrif 3-6-2022 11:04 AM
dua_chzy replied at 3-6-2022 08:12 AM
1. Saya sokong hukuman gantung standardize di seluruh dunia kepada perogol.

2. Saya hairan banyak n ...

kes yang kat Johor tu, yang mana? ngerinya dengar. I ketinggalan keretapi
Quote wirazam 3-6-2022 11:08 AM
skippy replied at 3-6-2022 11:02 AM
ko baca ke tak? benda ni berlaku kt pakistan.

Oh my bad...
Pakistan rupanya...jarang dengar kes kat Pakistan..
TQ ye bgtau.. appreciate it
Quote tripleid 3-6-2022 11:17 AM
Karachi tu kat Pukistan bukanya India
Quote asfaz 3-6-2022 11:24 AM
Adrif replied at 3-6-2022 11:04 AM
kes yang kat Johor tu, yang mana? ngerinya dengar. I ketinggalan keretapi

Rasanya yg kes budak lelaki kena liwat dengan ranting ke apa ntah. Pelakunya dah dibebaskan dah tamat hukuman tapi budak lelaki tu sampai sekarang menderita. Tak silap pernah baca pakai beg najis sebab usus dia rosak
Quote 3chanceno 3-6-2022 12:09 PM
Kesiannya mangsa..balik rumah, camna pulak somi dia react atas kejadian nie..
Quote 3chanceno 3-6-2022 12:11 PM
asfaz replied at 3-6-2022 11:24 AM
Rasanya yg kes budak lelaki kena liwat dengan ranting ke apa ntah. Pelakunya dah dibebaskan dah ta ...

Nie cerita yang mana? Apa benda pulak kena liwat dgn ranting kayu? macam2 kejadian yg sukar diterima oleh akal tapi terjadi
Quote Artemesiaa 3-6-2022 12:12 PM
Kes sama terus menerus berulang bagai tak ada kesudahan
Quote dua_chzy 3-6-2022 12:22 PM
Adrif replied at 3-6-2022 03:04 AM
kes yang kat Johor tu, yang mana? ngerinya dengar. I ketinggalan keretapi

Ada 1 kes tu. Masa dia kena dia budak lagi. Sekarang dah dewasa. Cacat kekal seumur hidup ya.

Ai terai google.

Jumpa. Kes ni:

https://www.thereporter.my/2019/ ... an-sebelum.html?m=1
Quote asfaz 3-6-2022 01:49 PM
Edited by asfaz at 3-6-2022 02:20 PM
3chanceno replied at 3-6-2022 12:11 PM
Nie cerita yang mana? Apa benda pulak kena liwat dgn ranting kayu? macam2 kejadian yg sukar ...


Lama dah cerita ni . Nanti ai cari balik lepas settle htr anak sekolah

Edit : bukan ranting tpi kayu
Quote asfaz 3-6-2022 01:50 PM
3chanceno replied at 3-6-2022 12:11 PM
Nie cerita yang mana? Apa benda pulak kena liwat dgn ranting kayu? macam2 kejadian yg sukar ...

Dah ada link bawah tu.  Kesian amat budak ni
Quote tikusmontok 3-6-2022 02:10 PM
3chanceno replied at 3-6-2022 12:09 PM
Kesiannya mangsa..balik rumah, camna pulak somi dia react atas kejadian nie..

Jgn sampai kena karo-kari udah sure ppn tu kena tuduh brought shame to th family wp jantan2 tu yg hanat
Quote asfaz 3-6-2022 02:19 PM
dua_chzy replied at 3-6-2022 12:22 PM
Ada 1 kes tu. Masa dia kena dia budak lagi. Sekarang dah dewasa. Cacat kekal seumur hidup ya.

Ai ...

Kesian kan. Lahanettt tu dah bebas dah pun . Tpi respek dengan family dah tak memerlukan bantuan org ramai sb dah mampu. Dlu ye la anak2 kecik lagi. Budak ni sekolah rendah lagi masa kejadian

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.134598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top