Bukan mudah nak besarkan anak di zaman yang harga barang semakin meningkat ini. Ramai ibu bapa bimbang kerana ia melibatkan kos tinggi dan pastinya pilihan yang ada adalah untuk berjimat cermat.
Deminya, seorang suami mengambil inisiatif untuk ‘menimbang’ lampin bayi mereka. Difahamkan lampin tersebut hanya boleh ditukar sekiranya mencecah berat yang ditetapkan. Menerusi satu perkongsian di laman Tiktok milik pengguna @rudidemaio, seorang bapa dilihat tidak berpuas dengan isterinya yang menukar lampin bayi mereka yang baginya masih ‘ringan’.
Dia kemudiannya meletakkan lampin tersebut di alat penimbang, dan ternyata beratnya 100gram. Di kapsyen, pemilik video menyatakan bahawa si ibu hanya boleh menggantikan lampin bayi sekiranya berat lampin melebihi 200 gram. "Sudah cakap kena tunggu sampai 200 gram baru ganti pampers baru, tapi setiap kali belum 100 gram sudah ganti… boros betul. Nak ganti isteri…" Menjengah ke ruangan komen, cara penjimatan bapa kepada bayi itu ternyata mendapat pelbagai reaksi. Ramai berpendapat bahawa cara itu kurang sesuai kerana penjagaan lampin bayi adalah penting dalam aspek kebersihan dan kesihatan kulit bayi. -CARI
|
syamzana replied at 3-6-2022 08:49 AM
menambah kerja plak kene timbang dulu. igt bini tu takde kerja lain kat rumah selain ulek anak je.
p ...
Samerosie replied at 3-6-2022 08:13 AM
Kedek nya kau bapak oiiii, nak jimat punya pasal nanti anak kau kena ruam satu badan baru padan muka ...
ADVERTISEMENT