CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Buat Pembedahan Bariatrik?

3-6-2022 07:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17209| Komen: 110

Fasha Sandha menafikan dia melakukan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan.

Fasha berkata, dia melakukan diet dan mengawal pemakanan untuk mendapatkan berat badan ideal.


Dia juga mengawal pengambilan karbohidrat dan memotong pengambilan gula untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira.


Foto: IG

"Saya tidaklah begitu kurus pun, perut masih ada lagi cuma saya pakai 'girdle' dan baju hitam itu yang menampakkan saya kurus. Saya belum mencapai berat badan ideal lagi.

"Saya tak buat (pembedahan biatrik). Saya jaga makan dan tak ambil gula. Cuma ketika raya baru-baru ini, berat badan saya bertambah akibat banyak makan.

"Namun, saya bersyukur kerana masih ada pihak yang mempercayai bakat saya tidak kira gemuk atau kurus. Saya percaya tawaran dan anugerah yang diberikan adalah berkat rezeki anak-anak dan berkat doa suami," katanya.




Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 34, pada Mac 2019. Ia juga perkahwinan kedua Fasha.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 6.


Dalam pada itu, Fasha turut memohon orang ramai untuk tidak meninggalkan komen negatif kepada golongan selebriti yang 'berisi'.

"Bukan mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai rangka besar seperti saya. Terutama selepas bersalin, lagi susah hendak mendapatkan bentuk tubuh lama," katanya. -CARI

Sumber: Harian metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 3-6-2022 07:48 AM
Aku tak faham org yg suka buat bariatrik ni,ini bukan pembedahan kecantikkan.tanyalah mana2 doktor sekalipon dorang mmg tak galakkan buat pembedahan ni kecuali pada mereka yg betul2 memerlukan sahaja.doktor cukup marah klu kata nak buat potong usus.
Quote rosannazmia 3-6-2022 07:49 AM
Asal bahagia , laki pon sedap, anak2 comel, anak ngn aidil ni comei sgt2..kena tambah satu lagi ni..
Quote SpyLeman 3-6-2022 09:24 AM
Iols bkn peminat FS mahupun nowa. Tapi iols suka tgk FS ni sbb dia rajin bekerja dan nmpk dia betul2 gunakan bakat dia utk industri dan bkn utk cari dahan yg kuat utk berpaut semata2. Dia pun bkn jenis menempek dgn royalties dan hidup acah2 orka asal mcm nowa. ND ni mcm masih lg stuck pd usia 20an, in denial sgt. Tak nmpk ciri2 keibuan walhal dah anak dua masih nak terkinja2 dlm tik tok. Tapi sbb dia pandai acah2 good, masyarakat ampunkan la.
Satu yg iols x suka psl FS ni bila dia suka sindir mertua dia kt socmed. Sekalipun betul, dlm adab org melayu ni ko akan dilihat biadap bila sindir2 org tua ni contradict dgn si myanmar tu yg pandai tunjuk dia hormat org tua
Quote shida81 3-6-2022 09:39 AM
SpyLeman replied at 3-6-2022 09:24 AM
Iols bkn peminat FS mahupun nowa. Tapi iols suka tgk FS ni sbb dia rajin bekerja dan nmpk dia betul2 ...

Dia sindir mertua? Why? But nowa ak mmg setuju dia pandai amik ati org tua
Quote Buritan 3-6-2022 09:49 AM
dejure replied at 3-6-2022 07:48 AM
Aku tak faham org yg suka buat bariatrik ni,ini bukan pembedahan kecantikkan.tanyalah mana2 doktor s ...

Dah lawo dahh.. jgnlaa potong usus tuu.silap hb cepat beno dijemput Allah... brlum ready lg oiii..
Quote hotmak 3-6-2022 09:52 AM
cantik fasha, bukan gemuk pun, berisi sebab dah beranak pinak lepas tu agaknya haritu pkp, takde job sedap membela badan, ni dah aktif berlakon balik gigih lah nak kurus

yg suka komen org gemuk ni cuba cubit perut tu, kalau berlemak2 sila jaga mulut tu, sebab mulut badan gemuk tau tak
Quote stingerumble5 3-6-2022 09:55 AM
rosannazmia replied at 3-6-2022 07:49 AM
Asal bahagia , laki pon sedap, anak2 comel, anak ngn aidil ni comei sgt2..kena tambah satu lagi ni.. ...


Nak  tambah lagi sorang anak perlu gunakheun cara retis pengkufur nikmat pazzpizzpuzz, yg akan tunggu anak Anak mula suker tengok video baby baru start piling works….just like baby timoh yg suker bangat  tengok video baby= nak adik baru

Kahkahkahkahkah
Quote Geeayden 3-6-2022 09:59 AM
Fasha memang job berlakon memang x putus, rezeki dia, kena keja keras utk family tapi aidil mcm kurang berlakon..seorang berlakon dan seorang lgi jaga family, eloklah tolak ansur
Quote auntyonion 3-6-2022 10:00 AM
Gila ah sume tered benak nak sebut nama fazzy semak gila
Quote immaryjane 3-6-2022 10:01 AM
Back to back muke dia dengan nad zainal kt tv ye. Latest nad dgn bamtah plak.
Hari tu dia dgn bamtah. Tahun ni 3 ketul ni mendonia betul kt tv3
Quote OyaTonggek 3-6-2022 10:07 AM
fasha ni jenis perempuan yg beringat aku rasa..
1 x gemor, dia suka sindir ex-mertua...sudah2 laa..buat apa cari dosa pasah oiii
Quote Incanto 3-6-2022 10:09 AM
setakat berisi mcm fasha ni tak perlu lah buat bariatrik. Risiko lagi tinggi dari benefits

kalau doktor syorkan , maknanya dia just nak buat duit.

bariatrik ni utk yg betul betul obese
Quote stingerumble5 3-6-2022 10:10 AM
auntyonion replied at 3-6-2022 10:00 AM
Gila ah sume tered benak nak sebut nama fazzy  semak gila

'Contoh' yg "BAIK" takkheun tak boleh diteladani?

Ko ni pencacai apa?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote makton 3-6-2022 10:36 AM
SpyLeman replied at 3-6-2022 09:24 AM
Iols bkn peminat FS mahupun nowa. Tapi iols suka tgk FS ni sbb dia rajin bekerja dan nmpk dia betul2 ...

rasanya aku penah nampak video fasha ni menari2 terkinja2 dgn tok laki dia.cuma mungkin tak sekerap ND
Quote Zaien 3-6-2022 10:45 AM
shida81 replied at 3-6-2022 09:39 AM
Dia sindir mertua? Why? But nowa ak mmg setuju dia pandai amik ati org tua

yup sblum2 tu smasa blom kwen dgn aidil lgi x silap..
dia ade sindir2 kt ig dia.. pastu dh delete kot..
nmpk x proper la.. sbb fmily jejai or mak jejai xde kuarkan apa2 ke sindir ke igs pun xde kaitan isu tu..

Quote nawtylulu 3-6-2022 10:45 AM
fasha ni dlu aku x suke sgt die.. tp memandangkn kurg kontrovesi mngarut2 sos iols ok jela tgk die kt tibi..
Quote Zaien 3-6-2022 10:46 AM
Incanto replied at 3-6-2022 10:09 AM
setakat berisi mcm fasha ni tak perlu lah buat bariatrik. Risiko lagi tinggi dari benefits

kalau do ...

btol.. selalu doktor yg suggest atas faktor mmg penyakit / ade penyakit yg mmg perlu utk buat bariatrik nih.

Quote Cintakapuri 3-6-2022 10:58 AM
SpyLeman replied at 3-6-2022 01:24 AM
Iols bkn peminat FS mahupun nowa. Tapi iols suka tgk FS ni sbb dia rajin bekerja dan nmpk dia betul2 ...

Mertua ke BEKAS mertua???
Quote MatDeghem 3-6-2022 11:00 AM
shida81 replied at 3-6-2022 09:39 AM
Dia sindir mertua? Why? But nowa ak mmg setuju dia pandai amik ati org tua

Mak mentua kan side nowa.  Mak mentua nak nowa jadi menantu. Nowa kan BFF dgn anak pompuan kembar Dia.
Dan rasa nya kerana si mak mentua, Nenek prominent ini lah fasha cerai berai.  
Tapi sekarang si Nenek prominent dah mula sakit2... Baru Nampak Di IG nya Nenek prominent tag nama fasha sanda.
Harap fasha jangan layan si Nenek prominent ini.

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051948 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top