CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Si Mati Minta Dinyanyikan Lagu Justin Bieber Sebelum Dikebumikan

3-6-2022 07:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1305| Komen: 2

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan acara pengebumian di Bali yang diiringi lagu nyanyian penyanyi terkenal, Justin Bieber, lapor laman berita Suara.com.


Video berkenaan dimuat naik pada akaun TikTok @madesurata0.


Rakaman memaparkan waris si mati sedang menyanyikan lagu bertajuk Ghost nyanyian Justin Bieber.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan, perkara tersebut diminta oleh mendiang sebelum dia meninggal dunia.

Bagi memenuhi hasrat terakhirnya, keluarga terdekat dan jirannya membantu merealisasikan hasrat mendiang.




Seorang lelaki dilihat menghalakan mikrofon ke arah mereka ketika sedang bernyanyi. 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya kira sedih ternyata sesat,” tulis seorang netizen.

“Kalau saya kat sana, tak jadi sedih dah,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 3-6-2022 10:54 AM
And this is news how? Ni typical funeral service utk org kapir lar.
Quote Artemesiaa 3-6-2022 01:22 PM
Bukan benda pelik pun yang beragama itu melakukannya,  nasib dia tak panggil musik band sekali kira dah jimat kos dah tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.062369 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top